Sepupuku.....Suamiku???



SINOPSIS:

siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia?kalau dah cinta,anjing & kucing pun boleh hidup bersama.Nana dan Hisyam telah membuktikannya.Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga,tetapi mereka masih mampu hidup bahagia.Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.

Tetapi entah di mana silapnya,badai tak henti-henti melanda.Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji.Nana tak dapat bertahan.Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka,dia pasrah.

Bagi Hisyam pula,andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana.Tiada cinta lain baginya.Hani hanya perosak.Johan hanya datang mengganggu.Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri.

Ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal.Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya.Makin kuat Hisyam menolak,makin kuat dia menarik.Demi cinta,andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga begitu.Dalam hatinya hanya ada Nana.Selagi Nana tidak menjadi miliknya,selagi itulah dia terus berusaha.

"Abang,hati Nana hanya ada satu.Sekali Nana jatuh Cinta,untuk selamanya hati Nana kat orang itu.Nana harap abang mengerti"

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang?Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan?Berpeganglah pada janji Tuhan dan Percayalah pada kuasa cinta.
Andai kau tercipta untukku,kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun

Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memperolehi apa yang dihajati walaupun ianya bakal memusnahkan kebahagian orang itu.Bila saya baca novel nie,memang sedih jalan ceritanya,tapi dalam duka pasti ada kegembiraannya walaupun seketika.Tetapi apabila seseorang itu sabar menghadapi dugaan yang diberikan Allah kepadaNya ,insyallah disebalik yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

kita juga perlulah redha dan terima dengan hati yang terbuka dengan takdir yang telah tertulis,walaupun kita manusia hanya merancang,Dia yang menentukan.




Bagi mereka yang ingin membacanya,bolehlah pergi ke kedai buku yang berdekatan untuk mendapat koleksi novel" Sepupuku...Suamiku" 




Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

0 Pengkomen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...