Panda Rindukan Awak

Selamat Pagi Isnin, moga segala urusan kita semua pada hari ni dan hari berikutnya
 dipermudahkan-Nya. 
Pejam celik, pejam celik lagi dua hari sahaja tinggal, result Sem 1 nak keluar. arghhhhhhh, takut TETAPI kita berserah sahaja pada-Nya, kita da usaha, berdoa kepada-Nya dan kita Berserah
kepada-Nya semoga kita semua memperoleh keputusan yang baik dan cemerlang.
Sebenarnya banyak perkara yang ku fikir, ku pendam dalam diri, tak tahu nak cerita pada siapa kesudahannya simpan sorang-sorang sahaja lah. Sebab tu agaknya mood ku nie kejap OK,kejap KO.
Bukan tak pernah cuba nak cerita pada nya, tapi da cerita dan tiada respon, jadi ku kira baik ku simpan sahaja lah, jangan babit kan sesiapa lagi. Dulu ku boleh, kenapa tidak sekarang kan..
Hanya tempat ini sahajalah, tempat ku luahkan segala-galanya, sedih dan duka di sini jualah.

Ku pernah tulis status di fb begini
muncul kembali
think positive 
mungkin nya mahu berkawan kan. 
its okey
 

Siapakah yang muncul kembali? dan mengapa dia muncul balik. dan ku pernah story nie pada someone, tapi macam krik..krik.. jadi sejak itu, takpelah, saya boleh harunginya.(lagi pun dia sibuk dengan kursus)
balik pada cerita tadi, siapa dia?? Siapa kah dia biarlah menjadi rahsia, tapi kenapa awak muncul waktu begini? okey, fikir positif dia hanya mahu berkawan sahaja, tak salah kan kalau dia nak kawan dengan kita. TETAPI hanya di "Friend Zone Only"!

Semalam, boleh dikatakan kesemua status yang saya tulis di Moments We chat saya, Si dia nie LIKE . Kalau saya ceritakan, mesti kalian akan cakap begini "Like je pun, bukan komen apa-apa pun!"
Yaahhh, memang sekadar like sahaja, tapi itu bermakna dia sentiasa follow up apa sahaja aktiviti yang saya updatekan. MUNGKIN, saya selalu update, maka sentiasa keluar kat MOMENTS nya, tapi, logiklah, tak kan saya sorang je friend dia, mungkin lagi ramai kawannya, dan dia juga mempunyai kuasa untuk abaikan status saya tu. Bukan lah menjadi satu kesalahan pun "HANYA LIKE SAHAJA", ada lah sebab nya kenapa saya tak selesa akan kemunculannya.

Entahlah keliru juga sebenarnya, itu sebab lah saya update status di fb begini

Hati sentiasa berubah-ubah mengikut situasi, apatah lagi kalau ianya melibatkan hati dan juga perasaan

Sekali baca macam saya yang berubah hati, tidakk, jangan salah sangka, in sha Allah hati nie tak akan berubah untuk si Danial, Tapi saya kata kan peraka itu secara umum..
Takut sebenarnya kalau melibatkan perasaan dan hati ni, sebab saya pernah kecundang kerna "hati dan perasaan" hingga study saya pun jatuh teruk, dan saya tak mahu benda tu berulang balik. Cukuplah hanya sekali.  


Saya harap sangat, dengan muncul nya awak kembali bukan melibatkan hati dan perasaan tapi biarlah ia datang untuk kita menjadi kawan sahaja. Dan si Danial tak berubah hati,
adehh..

rindukan dia..


p/s: Maaf, saya tak akan ganggu awak buat masa ini, Awk tumpukan sahaja pada kursus awak tu dulu, jangan bebankan fikiran awak untuk memikirkan masalah saya. ILY 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Suamiku Encik Perfect 10 !

Morning Saturday
sokey!!
Siapa yang da pergi tengok ini cerita
Semalam, sesaja je lah tengok trailer dia, perghhh, jalan cerita dia best ya amat.. Tambahan pula, lagu tema untuk cerita ni pun best, terus kita download lagunya n dengar berulang kali sampai menitiskan air mata, kerna semalam perasaan ku tak stabil. Then dengar pulak lagu sedih, hurmmm, air mata laju jelah mengalir. Bulan nie saja kita da menangis adalah 5 kali!  haha, tulah, payah kalau orang yang cepat terasa hati ni, nak menangis je kejanya..(tutup cerita pasal menangis)
Meh kita tengok sinopsis bagi cerita "Suamiku Encik Perfect 10!"

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Menarikkan sinopsisnya, okey tu baru sinopsis belum baca or tonton filem nie lagi..  kenapa bagi Aleeya , Si zarief tu Encik Perfect 10!

Bagi Aleeya Azmeen memiliki lelaki perfect 10 adalah idamannya ( Beriman ,baik , romantik , sensitif , kelakar , pandai masak , hormati orang tua , pandai memujuk , pandai merajuk dan sabar ).

 Yang ni pula lagu Tema bagi OST Suamiku Encik Perfect 10!


Part lirik yang paling kita suka dengar , yang ini

Kaulah seluruh cinta bagiku Yang selalu menentramkan perasaankuDiri mu akan selalu adaDi sisiku selamanya
Kau bagaikan nafas ditubuhkuYang sanggup menghidupkan segala gerak kuAkan selalu memuja muHingga nanti kitakan bersama
Begitulah......
okey, tak sabar nak tunggu adik yang dari kulim tu balik, boleh ajak dia pergi tengok cerita ni.

p/s: Maafkan diri ini andai tidak sesempurna buat dirimu 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Kau bakal kumiliki

Salam Jumaat buat semua umat islam.

Di pagi Jumaat yang indah ni, ku mahu menulis tentang tajuk

"Kau Bakal Ku Miliki"?

Siapakah yang gerangannya, hahah
Bukan orang da, tapi phone baru, masih ingat lagi tajuk entry tentang 
Yang Manakah pilihan Anda

Dalam entry hari tu kan kita ada utara 2 jenis Handphone Galaxy Mega dengan Galaxy Note 3 Neo, right.Nak dijadikan cerita, hari tu belilah majalah tentang Smartphone, tengok keluaran baru phone Samsung, Terpandang pula dengan keluaran terbaru Galaxy A5, harganya dalam RM1200 gitu tapi bentuknya smart sangat and yang paling teruja sebab dia ada warna SOFT PINK. arghhhhh suka..sukaa.. soft pink cantik sangat.
Tak pe lah kena tambah duit sikit, ikat perut sikit, janji ku dapat miliki mu wahai Galaxy A5 warna pink.

Jom tengok!!





Samsung Galaxy A5 specifications

Cuti sem nie, simpan duit la jawabnya, nak pakai phone tu, in sha Allah boleh, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. 

P/S:Salam Jumaat 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Yang manakah pilihan Anda?

malam-malam yang sunyi tanpa peneman membuatkan ku tergerak hati ingin survey new phone.

Persoalannya

Phone lama kenapa??
untuk pengetahuan hangpa na, phone lama ku screennya bermasalah, cuba hantar ke kedai tanya berapa kalau nak baiki, sekali nya cakap RM400++, gullpp
maaakkk oiitt, mahal ya amat nak betulkan screen aje, menangis tak berlagu cek na, Ayah pun cakap, sabarlah sikit ada rezeki lebih tukar je la phone, nak baiki pun tak guna, kang baiki, rosak balik, tak ke membzair, dua kali repair da RM800++ kalau masalah yang sama, baik tambah sikit dapat da phone baru.

Ting!!!!

Handphone baru!!!!

dalam fikiran da mula sibuk nak survey handphone je bila abah ku kata begitu, huhu 
biasalah anaknya, pantang dengar Handphone baru, terusnya mau survey hehe

Sudah hampir seminggu duk survey-survey phone, berkenan lah pula dengan si 
Galaxy Mega 2 sama Galaxy Note 3 Neo (nak tahu specificationnya, click la kat situ

Kenapa pilih samsung???sebab samsung best,then da biasa pakai samsung, nak tukar jenama lain tu agak payah sangat, walaupun sekarang ni OPPO boleh dikira bagus n murah, tetapi Samsung tetap jua pujaan hatiku, opsss heeeee

Kenapa sampai 2 pilihan sekali??SEBAB da keliru mana satu nak pilih, Galaxy Mega 2 & Galaxy Note 3 Neo kedua-duanya memenuhi pilihan ku, sebab yang pertama, ku lihat kameranya, dua-dua phone tua kamera belakangnya je 8mp n depan 2.1mp OKEY DA tu.sebab yang kedua, RAM dia 1.5 GB n internal memorynya berbeza sedikit, yang galaxy mega 8GB manakala Galaxy note 3 Neo 16 GB.ku kalau boleh mahu yang internal memory nya 16 GB, masalah pulaHarga nya pula terlalu mahal.. T_Tku hanya budget untuk phone baru nie hanya RM1100 SAHAJA!!tetapi Galaxy Note 3 Neo tu harganya mau cecah RM1200++, Sudah lebih budget ku,..nak tak nak ku kena pilih Galaxy Mega 2.

Mana-mana pun sama jelah, janji phone tu berfungsi dengan baik sudah ok..Jadinya, pilihan ku nanti adalah Galaxy Mega 2 la jawabnya, heee, pun bolehlah, dari tak de, yee dak heee..

Banyak duitkan nak beli phone baru ni??? aahhhhhhhh banyak sangt akak-akak n abang-abang, saya guna duit PTPTN saya tuk beli, huhuhu, nak sangatkan, belum sampai tengah bulan da ikat perut hahah, tapi takpe, boleh minta ayah tampung sikit tuk beli phone tu, maknanya, half-half, heee, bijak tak.. bodek sikit dengan abah,tahu-tahu abah sponsor kan, jimat duitku heheheh, apa punya anak daa, tahu nak paauuu sama ayahnya je, heee.Takpe, sekali sekala nak paauuu TETAPI belajar jangan malas lah kalau itu ini mahu.. peaceee!!!
P/S:MISS him :')


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Important Dates

IMPORTANT DATES FOR SEMESTER 1, 2014/2015 SESSIONPOST-FINAL EXAMINATIONNo Activity Date1. Issuance of Interim Course Assessment Result(https://smpweb.unimas.my/ePelajar)28/01/2015 – 03/02/20152. Appeal Process to Reassess Final Examination Scripts(https://smpweb.unimas.my/ePelajar)28/01/2015 – 03/02/2015Appeal Process to Reassess Final Examination Scripts of a Course Process
1. If you would like to send an appeal to reassess the final examination script for any course you are enrolled into, please send your letter to the Dean’s office of your Faculty/Centre Dean after the interim course assessment results are issued. Payment of RM50.00 (non-refundable) must be submitted for every course which you would like to be reassessed.2. Please visit www.unimas.my or www.bpps.unimas.my(Click>Download>Academic Form) to download Appeal for Reassessment Form. Application received after the specified date will not be considered.
_________________________________________________
MAKLUMAT PENTING BAGI SEMESTER 1 SESI 2014/2015SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTERBil Aktiviti Tarikh1. Hebahan Keputusan Sementara(https://smpweb.unimas.my/ePelajar) 
28/01/2015 – 03/02/20152. 
Proses Rayuan Menyemak Semula Keputusan Penilaian (https://smpweb.unimas.my/ePelajar) 
28/01/2015 – 03/02/2015Proses Rayuan Menyemak Semula Keputusan
1. Rayuan untuk menyemak semula keputusan penilaian sesuatu kursus hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti/Pusat yang menawarkan kursus berkenaan selepas keputusan sementara dikeluarkan oleh pihak Fakulti/Pusat dengan mengemukakan Borang Rayuan Semak Semula Gred Kursus [BPPs-14 (Pindaan 01/10) Berkuatkuasa 1 September 2011] beserta resit bayaran/wang pos sebanyak RM50.00 (tidak akan dikembalikan) untuk setiap kursus dibayar di atas nama Bendahari UNIMAS . Setiap keputusan yang dibuat berpandukan kaedah ini adalah muktamad dan tiada rayuan akan dilayan selepas pengesahan Senat.
2. Borang Borang Rayuan Semak Semula Gred Kursus [BPPs-14 (Pindaan 01/10) Berkuatkuasa 1 September 2011] boleh diperolehi dalam laman sesawang www.unimas.my atau www.bpps.unimas.my(Klik>Download>Academic Form). Sebarang kelewatan permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak akan dilayan.

 Ku ingatkan 22 hb nie keluar, duhalnya tunda tarikh nya ke 28hb Januari, baru niat nak hilangkan diri khamis ni, heeee

takpa, 28hb kan boleh, 
'GOOD LUCK GUYS'

P/S:Bismillah, seminggu lagi result nak keluar, cuak jugak ni. 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

3 in 1

Morning Tuesday,
erk.. da hari selasa da, kejap nya masa berlalu, ini bermakna lagi dua hari je lagi result sem 1 2014/2015 nak keluar.. opsss
bermakna lagi dua hari ku akan menyepikan diri buat sementara waktu.. (sehari je pun menghilang
kenapa nak menghilang pulak?? sebabnya ku takut nak tengok result sem 1 ini punya, mesti kawan-kawan yang lain tanya cam mana result, dari terus diserbu dengan soalan-soalan begitu, baik yepikan diri dulu, dengan ayah pun ku tak bagi taw bila result keluar.. takut.. 

kenapa nak takut??
titew takut kalau result titew teruk.. sebab waktu jawab exam hari tu pun boleh tahan soalan yang diberi, 
Tapi perkara da pun berlalukan, tawakkal sahaja pada-Nya , in sha Allah, kita sudah usaha, berdoa,berserah kepada-Nya. 
Ku berharap sangat pada sem 1 punya keputusan tiada paper yang akan ulangi, aamiin..

---------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah dah cerita pasal keputusan nak keluar Khamis ini, kang tak tidur malam sebab mimpi yang bukan-bukan pulak..
Haaaa.... sebut pasal mimpi, ada satu story yang story ni , ku tak cerita pun kepada sesiapa termasuk kepada pak Danial kita hehehhe..

Mimpi tu adalah, ku mimpi seorang budak perempuan bunuh diri dengan mengantungkan diri di bangunan, daaannnn, yang paling ku terkejut , mukanya itu menghadap betul-betul ke arah ku, huargghhh ku ingat lagi, lepas je pandang mukanya itu, terus aku bangun, dan istighfar banyak-banyak, ku cuak, sebab tak pernah mimpi begitu, alih-alih muncul dalam mimpi, aisshhh, hari last pula tu di kolej, mahu cerita ke roomate tak berani, kesian pula dia tinggal sorang-sorang, terus tak jadi nak cerita. 

Ni, malam tadi sebelum nak tidur boleh pula ulang tayang mimpi tu, muka budak tu tengok ku, arghhhh terus tak jadi ku nak tidur , takut sudah la, ku tidur menghadap tingkat luar, hahah memang la tak dapat tidur kan . Den ni memang jenis yang lemah semangat sikit, tapi dalam takut-takut tu, ada hati lagi nak tengok cerita hantu,hahha

Ku ingat lagi, waktu makan bersama dengan roomate, pasang la cerita hantu The Congjuring , mula-mula semangat ku duduk depan lappy, lama kelamaan makin ke belakang ku dibuat nya sebab den paling menyampah scene mengejut-ngejut ni, dari den menjerit, baik den mengundur ke belakang, jalan selamat, boleh tutup muka dengan tangan, hahah .

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Haaisshh, mahu buat apa je la hari ni, mama tak de ada program, abah n adik lelaki keja masuk kem hari ni, ku, duduk rumah sorang-sorang, nak keluar pun tak de siapa mahu hantarkan, naik bas.. boleh je nak naik bas, tapi masalaha utamanya, den mana la tahu waktu bas kat sini, almaklumlah, da lama tak naik bas, lagi pun balik pun 5 ke 6 bulan sekali dalam setahun, so, memang tak tahulah waktu perjalanan bas di sini.. 

Tunggu adik yang dari kulim tu balik, lama lagi 9 har lagi dia balik ke Mersing, perghhh, balik je makcik tu sorang pasti berperang dengan ku, ada jeeee yang tak kena, biasa lah kami adik-beradik lama tak jumpa kan, pasti gaduh punya la, gaduh-gaduh manja gitu
Dia balik, confirm ku bakal di soal siasatnya oleh budak tu,soalan famous dia, "cam mana kw kenal dia weh qira", "dia orang mana qira" n blaa blaaa.. Nanti mama n abah pun join la sekali tanya, ku balik ni pun cam-cam soalan ku kena, tapi tengok dari penerimaan mereka, alhamdulillah green light da, abah ku pesan, kenal-kenalah dulu, Ada jodoh,
 in sha Allah. 

p/s: more than this


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

10 HARI!!

10 HARI...10 HARI LAGI!!!!!
Adiku dari kulim nak balik, yeppy..
ada jugak member nak gaduh, kawan nak ajak berjalan ke mana-mana, sorang-sorang kat rumah terasa bosan, nak harap kan adik lelaki, 
terima kasih aje la... sibuk ..

nak jalan ke mana-mana pun tak dapat, abah buzy dengan kerja nya, mahu tak mahu, duduk rumah mengahadap lappy aje la, peace.. 

Mahu hang out dengan kawan-kawan yang lain, kena tunggu semua ada, baru best keluar reramai.. Nak main sama kucing pun da tak berapa best, sebab semua kucing yang ku sayang n manja da diberi ke orang, yang tinggal hanya kucing yang takut dengan ku.. tak best nak manja-manja dengan kucing yang takut ini, silap-silap tangan ku jadi mangsa cakaran mereka..

sudahnya, hobi ku hanya update di blog ini sahaja, blog ni lah medan luahan hatiku.. boleh luahan kan apa sahaja dengan menulis, kerna menulis itu mampu membuatkan kita happy bila membacanya kembali..



Satu lagi,semenjak kepulangan ku di mERSING, NO yang tak dikenali seringkali naik, no yang sama juga ganggu ku waktu di sarawak dulu, aisshhh, tak faham betul la.. siapalah orangnya tu, tak faham-faham agak nya kalau orang da tak nak angkat tu, call jugak.. idea jahat da mula datang ni, sekali lagi dia call, ku akan angkat, tapi biar dia bercakap dengan krik..krik.. hehhe

begitu ja caranya, supaya dia tak kacau lagi.. sebelum nak buat, ku mohon maaf pada no tersebut kerna ku telah membuang kredit anda begitu sahaja, maaf.. 


p/s: sakit itu merupakan  kifarah bagi dosa-dosa kita, Allah..


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Keperluan or Kehendak?

tengah duduk-duduk, ayah minta lay out perbelanjaan yang kita mahu kan, katanya mahu budget kan.. dalam fikiran macam-macam mahu..

BUT.......
Yang mana harus diutamakan

KEPERLUAN..... ATAU... KEHENDAK....

Itulah masalah yang ku hadapi (orang lain pun ada juga hadapi kan) tak tahu nak beza kan mana yang lebih utama, sama ada kehendak kita atau keperluan kita..

nampak macam sama je perkara tu, tapi nya berbeza..
kita kenalah pandai untuk membezakan antara kedua-duanya..
fikir baik-baik.. yang mana lebih utama, jangan ikutkan hawa nafsu ketika berfikir kerna ikut hawa nafsu, semua benda kita nak, semua benda kita nampak ianya satu keperluan, tapi sebenarnya ia hanya sampingan sahaja..


Diantara ini, mana yang harus ku pilih. keliru kejap

external hard disk vs beg lappy

dua perkara ku perlukan, tapi hanya satu sahaja ku perlu pilih.. adeehhh, pening-pening.


p/s: hadiah cuti sem ku dapat setiap kali balik, demam + sakit tekak + kepala ting tong = ???? 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Diriku Yang hilang

hai-hai...
berhabuk sungguh blog ku ini, sudah lama sangat tak meng-update blog.
sibuk study lagi pun line internet yang kurang bagus, menyebabkan ku malas mahu update dulu..

sekarang cuti sem sudah bermula, maka banyak masa akan ku habiskan dengan menaip entry baru, tentang kehidupan ku..

kenapa kah tajuk kita hari ini 
"Diriku yang Hilang" ?
macam pelik je tajuk tu kan, heee

perkara yang hilang adalah perangai ku yang dulu-dulu.
alhamdulillah, perangai yang tak baik, perlahan-lahan ku ubah ke arah yang lebih baik.

tapi sejak kebelakangan ini, ku suka menyendiri, mudah terasa hati dengan kata-kata orang.. kenapakah ku jadi begini, ku pun tak pasti..
bila sorang-sorang ku pasti mengalirkan air mata, sedih sangat, 
perkara apa yang disedihkan pun ntahlah.. terasa hati, mudah sangat terasa hati,,

ku mahu diriku yang lalu, sorang yang happy, hati yang kental tak mudah nanggis, tapi ianya hilang entah ke mana..
lagi satu penyakit ku ini, kalau terasa hati dengan orang seboleh-boleh nya ianya sembunyikan, sebab ku tak mahu ia berpanjangan. 

baru-baru ini, terasa hati dengan dia, tapi  ku nafikan, sebab ku tak mau berpanjangan, biarlah sakit itu aku simpan, kadang-kadang kawan ku marah, mereka kata, sikap ku ini tak betul, kalau kita sakit or terasa hati, lebih baik terus terang dari kita simpan sendiri, nanti ia memakan diri sendiri.. hahah
baik lah kawan-kawan ku dengar akan nasihat mu itu, tapi agak payah je rasanya, 

Roomate ku kata, orang yang lahir bulan 4 ini, memang begitu sikapnya, ego tinggi, kalau boleh disimpan, ia akan simpan.. tapi saya tak mahu begitu, saya nak kurang ego itu, lagipun demi kebaikan diri sendiri juga. ;)
Ya Allah bantulah hambamu ini..



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...