Kepahitan Melanda

jangan berharap pada sesuatu yang tak pasti,
kerana menunggu sesuatu yang tak pasti itu adalah lebih menyakitkan.
tumpulah pada yang lebih utama dahulu, kerna
pabila kita memikirkan yang belum pasti, matlamat utama kita tidak akan dapat di penuhi.

Selamat Malam :')



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Pelbagai Kisah

lama sudah tak update blog nie, D update ada je halangan nya..
Tak pe, malam nie curi masa untuk update blog ku yang bersarang nie...
banyak kisah yang mahu saya cerita kan, tapi..
tak larat nak menulis so, saya saya tulis yang mana yang sempat jak..

kisah 1
Dugaan yang Allah turunkan buat ku, ingin menyedarkan saya, siapakah lawan atau kawan saya yang sebenarnya..
3 bulan duduk di negeri orang, berbagai ragam manusia saya lihat.
Alhamdullillah, Allah berikan saya kawan yang mempunyai ciri-ciri dan perwatakan dia hampir sama dengan saya.. saya senang berkawan dengan nya, walaupun kami hanya mengenali di laman sosial tapi syukur sangat dia boleh ngam dengan saya.
saya suka berkawan dengan sesiapa pun orang itu, tapisekali orang tu buat perangai memang saya tak kan suka kan orang itu.. makcik saya selalu pesan, berhati-hati memilih kawan, kerna kadang-kadang kawan yang kita sangkakan baik di depan kita akan menjdai lawan kita suatu hari nanti, pada mulanya, saya tak memahami maksud yang ingin makcik saya sampai kan, tapi, baru hari ini saya benar-benar faham apa yang makcik saya katakan.

KISAH 2

siapakah gerangan capital "JL" kalau mau tahu siapakah orang nya, tunggu saja masa nya, haha
bilakah masa itu? saya sendiri pun tak tahu bila masa nya saya akan kasi tahu kalian siapakah "dia" sebab masih baru, saya masih berhati-hati memilih, kerna saya mau cari orang yang boleh memahami condition saya sekarang nie :) 

KISAH 3
HOMESICK??
Siapa yang tak homesick kan, duduk berjauhan dengan family,
stress juak la.. tapi still boleh control..
saya mau pulang... :')
setiap kali telefon family, rasa mau pulang..
bertambah kejelesan apabila adik lelaki saya yang belajar di terengganu akan menamatkan pengajian nya tak lama lagi, pas uh boleh balik, huaargghh... mau pulang sekali...
tak aci sungguh !!!



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Dugaan Di Hari Sabtu

Hari ini, fakulti kami kena hantar borang Perjanjian PTPTN.
saya dan kawan-kawan jam 8 pagi dengan bersemangat turun nak ke HEP untuk hantar borang, alhamdulillah masa nak pergi, ayah evi hantar sampai ke HEP..

Sampai ke HEP, masuk tengok mana dokumen salinan yang kena palang dua yang kena tulis "UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA", lepas da buat tu semua, masuk ke dalam dewan Delima untuk dengar taklimat..
Selepas dengar taklimat, kawan kami ada masalah dengan Cetakan maklumat peribadi (tak boleh lebih 3 helai), lepas tu, kami pun pergi CAIS untuk print baru, mula-mula dia kata belum bukak, okey kami tunggu, sekali lagi tanya kat akak kaunter tu dia kata tutup, so dengan muka sedih kami pergi ke book store untuk print, pun tutup. Dengan perasaan yang kecewa, kami memutuskan untuk ke Pavilion. 

Okey dengan harapan moga kedai di pavilion tu bukak, sesampai je saya dengan evi di sana, kami masuk ke kedai tu. Kami cakap mau print kertas, jawapan yang begitu mengecewakan hati kami!
"boleh mau print, tapi black out la dik,kalau dik mau tunggu boleh la"
dengan perasaan yang sedih bercampur penat kami duduk di pavilion sat,hilang kan penat dulu. Lepas tu saya teringat dekat group FEB ada seorang pelajar TAZ(satu-satunya kolej tak black out) ada buat service print, so saya pun cari la nombor telefon akak tu, da jumpa! saya dan evi pun balik ke kolej BRC semula dan terus ke kolej TAZ,dengan muka yang begitu confident terus ke TAZ! sesampai di kolej TAZ, kami termanggu seketika, kat mana bilik akak nie aek, tengok balik post yang akak tu buat.Rupanya akak tu duduk di blok 202C. Masalah tu da settle, tapi timbul masalah lain pulak! bilik 202C tu kat belah mana pulak! arrgh sudah ,satu masalah baru lagi! terpaksalah kami kena tengok satu-satu blok yang tulis 202, Alhamdulillah, jumpa terus ke bilik akak tu then print..

Siap print saya dan evi pun balik la dulu kolej,sebab penat sangat,nanti bolehlah bawa dokumen salinan yang lebih, mana tahu kot-kot salah ke, so tak tak payah berulang-alik ke kolej, penat woooo, da la jauh..

Dalam pukul 12.00 tengah hari gitu kami ke bangunan HEP balik, ingat kan makin susut lah orang ke sana, rupanya makin ramai, nak tak nak kena lah jugak beratur! da masuk ke dalam, 5minit lagi kaunter akan di tutup untuk bagi laluan mereka makan n solat!, kena la tunggu sampai pukul 2 ptg pula.

Jam 2 petang baru beroperasi semula, tunggu punya tunggu, akhirnya sampai jua turn saya, Alhamdulillah, semua nya berjalan dengan lancar, da siap semak dan permohonan diterima, terus hantar then balik ke hostel.

p/s: Untunglah roomate saya, esok dia hantar so, tak de la banyak masalah sangat, sebab tanya je dari saya, senangnya kerja dia kan! hahah


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Wish Me luck !

selamat pagi semua, bangun-bangun da cerah ni.
dulu kalau dekat semenanjung pukul 6.30 pagi tu masih gelap lagi, tetapi sejak belajar di sarawak ni 6.30 pagi tu da cerah umpama pukul 8 di semenanjung.So kena biasa kan diri dengan persekitaran baru.

Baiklah, lebih kurang seminggu lebih je lagi cuti mid term bagi semester 1 2013/2014akan bermula .INI bererti, sebelum cuti akan ada EXAM MID-TERM!!
Yang bestnya (BEST KE?),Hari ini saya akan bermulanya EXAM MARKETING, Ting Tong!
 hopefully saya dapat menjawab soalan yang di beri dengan hati yang tenang dan menjawab dengan penuh kesungguhan (Tak Mo jawab Men-men ye!)

selepas itu, 30.october.2013 EXAM BUSINESS COMMUNICATION
Ingatkan semua subjek amik sebelum cuti Mid-Term tetapi jangkaan ku meleset sama sekali kerana ada dua subjek yang akan di ambil selepas cuti Mid-term . Subjek itu adalah MANAGEMENT & PRINCIPLE OF ECONOMIC !!

BUT, thinks positive!
mungkin 2 subjek tu saya dapat score (insyaallah) sebabnya, banyak masa yang diberi untuk kita study, so gunakan lah masa yang diberi dengan sebaiknya

AKHIR kata,saya memohon agar Kawan-kawan semua dapat mendoakan saya dan rakan-rakan seperjuangan menjawab soalan nanti dengan jayanya ye, amiin :)

P/S: tERIMA Kasih kerana sudi membacanya! Nanti lepas baca komen tau :)


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Jangan Mudah Berharap

Rindu nya nak update blog nie! da bersarang pun blog nie, sebab da lama tak update, hehhe
okey, saya nak cerita sedikit perkembangan saya, 

alhamdulillah, sekarang nie saya di sarawak bagi melanjutkan pelajaran saya, best belajar di sini, dapat jumpa ramai kawan baru dari pelbagai bangsa, agama. 
selain tu, sarawak nie tempat yang best tuk mereka yang nak pergi bercuti, insyaallah, jika ada kelapangan waktu, saya dengan roomate nak menjelajah area sarawak nie, shopping je la kami di sini !

Berbalik pada tajuk entry kali nie "Jangan Mudah Berharap" !
Berharap kepada siapa pulak la saya nie kan !

sebenarnya, saya tak tahu nak luahkan kepada siapa apa yang saya rasa pada "someone" nie, di sebabkan itu, saya menyimpan rahsia BESAR itu seorang diri, hahha kelakar je ayat nie, Whatever-lah

Kadang-kadang saya tertanya-tanya jugak kenapa lah saya nie suka kan dia walhal kami baru kenal je pun msj setakat dua tiga kerat tu je pun, tapi itu pun boleh sangkut, nie lagi parak..

TAPI, saya tak mahu terlalu berharap, sebab nanti saya tak dapat nak fokus pada pelajaran pulak susah nanti.. Biarlah saya sendiri yang tahu apa yang saya rasa, lagi pun, si dia nie pun suka kan orang lain.. sebab tu la saya tak mahu terlalu berharap.. Biarlah saya melihatnya dari jauh, ceh wah ayat bukan main lagi

p/s: Cinta membuatkan manusia menjadi buta


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Keputusan UPU

Semalam terasa sangat berdebar, kerana semalam (11.7.13) keputusan UPU bakal keluar, ramai yang tak senang duduk, ada yang tak lena tidur , buat kerja pun serba tak kena.
tetapi jawapannya bakal di ketahui pada jam 12 tengah hari.

Ini adalah jawapan yang perolehi, Bismillah 
Alhamdulillah, saya telah mendapat tawaran sambung belajar di UNIMAS , bersyukur sangat, segala doa, usaha saya dan guruII dan doa ibu bapa saya, akhirnya dapat jua saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Degree, Alhamdulillah..

Firstly, saya bagitahu parents saya, pada mula nya, mereka begitu berat sekali mahu lepas kan saya pergi, ianya, anak perempuan nya belajar jauh ke sarawak, tapi itulah dugaan yang Allah bagi, untuk kami sekeluarga, walaupun jauh saya harus pergi juga untuk masa depan , Doakan saya berjaya di sana.

Dalam pada itu, saya rasa sedih sangat, sebab kawanII saya yang lain ada yang tak dapat menyambungkan pelajaran bersama kami, Buat mereka, Kita jangan mudah berputus asa, belajar di manaII pun boleh, asalkan kita jangan mudah putus asa, mungkin bukan rezeki kalian, mungkin ditempat lain.

p/s: Saya dapat Kos Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) sesiapa yang dapat kos sama dengan saya, HelloII to me, mencari kawan yang sama jurusan dengan saya.Assalammualaikum


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Ramadhan Yang Ditunggu

Kemasukan baru ke universiti.. 
Tarikh : 10 july 2013 (InsyaAllah) 
Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak 
Course wajib : Berpuasa 
Course special : Terawih 
Course tambahan : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah n etc 
Kelulusan : Ijazah takwa 
Konvo : 1 Syawal 
Extra : Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master , course : Pose 6

Jum daftar sama-sama nanti 

Alhamdulillah,syukur ke hadrat iIlahi kerana diberi kesempatan buat hamba nya untuk menunaikan ibadat Puasa.

Kedatangan Bulan Ramadhan sentiasa di nanti-nanti kan oleh umat-Nya kerana pada bulan tersebut Pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya dan dibukanya pintu syurga seluas-luas nya. Pada bulan itu lah kita akan merebut untuk melakukan sebanyak mana amal ibadat, untuk di bawa pulang bertemu Pencipta-Nya , InsyaAllah.

p/s: Untuk ingatan sendiri dan rakanII yang lain, yang mana tak habis ganti puasa itu, cepat-cepat lah ganti ada 4HARI lagi untuk gantikan nya, kalau tak sempat, takpe, tahun depan boleh ganti tapi DOUBLE la hehhe . peace :)


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Update Blog

wah.... da lama rasa nya tak update blog nie, da berhabuk blog nie, huhu. last update pun pasal Result Stpm, selepas tu, langsung tak update da blog, buzy, kerja penat, tu yang tak de masa nak update blog nie... 

Kerana terlalu penat hingga lupa nak kongsi kepada kawanII blogger saya pasal result stpm saya, 

Syukur Alhamdulillah, apa yang saya impikan sudah pun tercapai, saya perolehi CGPA 3.00, lebih menggembirakan, saya merupakan seorang pelajar melayu yang mendapat CGPA 3.00, yang lain pelajar cina...
Pelajar Cemerlang STPM yang memperoleh CGPA 3.00 dan keatas adalah seramai 5 orang, 4orang pelajar Cina dan seorang pelajar Melayu. Alhamdulillah...

Sekarang nie saya sedang menunggu Keputusan UPU, insyaallah, jika ada rezeki, dapat lah saya sambung belajar seperti yang saya impikan selama nie, KawanII doakan saya berjaya yer, AAMIIN :)


#Insyaallah, jika ada masa saya update lagi , see u again ;)


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

STPM RESULT (PART 2)

Pagi tadi saya mimpi yang amat buruk tentang keputusan saya, 
saya dapat 1B 2C 1D, argghhh, tidakk, dalam mimpi tu saya menangis sepuas-puasnya, then terus saya terbangun dan terus istghfar banyakII.. Ya Allah, Engkau tukarkanlah mimpi buruk tu kepada berita yang menggembirakan aku dan juga buat keluarga ku Ya Allah. Amin



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

STPM RESULT (part 1)

Ya Allah, kurang daripada 48 jam lagi keputusan STPM Terminal 2012 akan diumumkan, Engkau berikanlah hamba-Mu ini kejayaan dengan eputusan yang cemerlang. Amin

Dup dap...dup dap... jantung ku pantas berdegup,tarikh nya sudah semakin hampir, semoga keputusan yang keluar bagi Batch 93' adalah keputusan yang cemerlang..



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

KERJA BARU

SElamat pagi guy's
Hari ini, merupakan hari yang indah buat saya, kerana impian saya untuk peroleh kerja telah temui, Alhamdulillah..

ini semua usaha cikgu saya mencarikan kerja untuk saya, TERIMA KASIH CIKGU ..

Pukul 9 nanti saya akan pergi ke kedai yang telah cikgu saya katakan itu, kalau tiada aral melintang, hari ini jugak saya mula kerja .. seronok nya 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Kisah Putih

Hye, hari nie sye mahu cerita sikit tentang anak kucing saya, yang comel-comel belaka, tapi degil!

biar saya intro sikit tentang mereka nie, Putih selamat melahirkan anak kucing seramai 4 ekor kucing yang comel pada 26 JAN 2013 jam 12 Tengah hari. sekarang umur mereka baru masuk 1 bulan 1 hari.Anak putih terdiri dari warna 2 ekor putih(macam mak dia, ada tompok oren) 1 tompok dan 1 ekor oren terus (genetik mana tah)

Hari ini, mereka semua kena masuk sangkar, kesian mereka meronta-ronta tak mahu masuk ke dalam sangkar tu. mereka kena masuk sebab tak tahan kencing merata-rata, tapi bila malam,pintu sankar tu akan di buka senang, ma dia si putih tu masuk nak menyusu kan anak dia,

Ini baru pertama kali saya menjaga anak kucing yang baru dilahir hingga mereka da pandai berjalan walaupun, kaki mereka masih tak kuat lagi. tak sangka rupanya Putih memahami apa yang saya pernah kata kan pada nya dulu.

Saya pernah bercakap dengan putih supaya dia beranak dalam rumah sahaja, sebab saya nak tengok anak nya dulu, lepas uh kalau dia nak bawa lari anak nya, bawalah, janji saya dapat lihat mereka dulu, hingga tiba nya masa dia nak beranak. masa dia nak beranak, putih pandai buat hal, nak cara tempat untuk beranak, da puas saya sediakan tempat tapi dia tak, hingga la satu tahap, dia sendiri yang masuk ke dalam kotak, tapi dia tak mahu orang lain yang berada dalam bilik tidur saya, kecuali saya sahaja!

Bila adik saya masuk, dia akan marah. Itulah perangai dia, saya yang tengok dia, putih tak marah pun, (bangga jap ) huhu.

Anak putih pun bermacam-macam ragam nya, saya rasa macam da jaga anak sendiri pulak, huhu, tapi saya happy sangat impian saya nak tengok anak putih tercapai, syukur ..

Gambar anak putih saya akan upload dalam entry yang akan datang pula, sebab masih belum banyak lagi gambar comel mereka tu 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Akur Janji

Selamat pagi teman-teman semua
awal betul saya bangun hari ini, da biasa bangun pagi(macam semangat nak p sekolah pulak, huhu)

Hari ini saya kena kerja,(part-time) tu sebab nya bersemangat bangun pagi begini, kalau tak , bantal ngn tilam tak nak lepaskan ,huhu

Actually, tak ada apa sangat nak tulis, tah pagi-pagi nie mengarut nya lebih pulok. ermm, tak pe lah, nanti balik  keja kalau rajin nanti saya update lah . entry nie, macam tak de kena mengena nak tajuk di atas pun.. kan....


p/s: Insyaallah, Result STPM TERMINAL keuar 7Mac nie, seemoga kecemerlangan milik saya dan kawan-kawan sepejuangan saya, Amin 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

SEGMEN ILMU: Kelebihan BerTASBIH, BerTAHMID &BerTAKBIR

Dari Abu HuRaiRah r.a...
Rasulullah SAW brsabda:
Siapa yang...

Ber"TASBIH"...
SUBAHANALLAH
=> dibaca 33x ...

Ber"TAHMID"...
ALHAMDULILLAH
=> dibaca 33x...

Ber"TAKBIR"...
ALLAHU AKBAR
=> dibaca 33x...

Kemudian d Cukupkan dgn...
=> 100x dgn membaca...
LAA ILAAHA ILLAALLAH WADDAHU LAA SYARIIKALAHU LAA HUL MULKU WAA LAHUL HAMDU WAA HUWA 'ALAA KULLI SYAIN'IN QADIR

Maka di Ampuni ALLAH swt akn segala...
KeSALAHANnya dan DOSA-DOSAnya...
Walaupun sebanyak BUIH d Lautan...

[HR: Muslim]

Kalimat-Kalimat TASBIH TAHMID & TAKBIR pujian kpd Allah swt ini d kenali juga dgn pangilan Al~BaQiyatus Solihat...
Kalimat-Kalimat ini merupakan bagian dr PerBendaharan SYURGA...
Pembaca mdpt Fadhilah kandungan Kalimat al-BaQiyatus Solihat walaupun hanya membaca sekali...
Namun lebih utama d baca sesering mungkin...

Rasulullah SAW menerangkn Fadhilat Pembaca Kalimat-Kalimat ini akn mdpt...

~1~ DiCintai ALLAH swt.

~2~ DiCintai Rasulullah SAW.

~3~ DiLindungi Malaikat.

~4~ DiMintakn Ampunan ALLAH swt oleh Malaikat.

~5~ DiBeri Pahala 1 Pohon d SYURGA.

Rasulullah SAW menerangkan Pembaca akn tetap mdptkn Fadhilatnya...
~1~ membaca Tasbih Tahmid Tahlil adalah SEDEKAH.

~2~ membaca Tasbih Tahmid & Tahlil, maka ALLAH swt 20 kebaikan dn akn menghapuskn 20 keBurukan.

~3~ Jika mebaca Tahmid, sbagai ungkapan SYUKUR ats Nikmat Allah swt, maka Allah swt akn menuliskn 30 keBaikkn dn akn menghapuskn 30 keBurukan.

~4~ Pahala membaca TASBIH akn mengISI separuh timbangan. Pahala membaca TAHMID akn memenuhi timbangan dn Pahala membaca TAKBIR akn memenuhi seluruh Langit & Bumi.

Alhamdulillah SYUKUR Alhamdulillah...
Smoga brManfaat brsama...
Smoga mdpt KRahmatan Kredhaan & KAmpunan Allah swt...
In Shaa Allah...

Allah Maha Mengetahui...



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Waktu telah Tiba

Hye kawanII...
 waktunya sudah pun semakin menghampiri, 
perasaan takut, cuak semakin menjadi, 
Ya Allah , Engkau Tenangkan Lah hati Hamba-Mu ini Ya Allah,
Semoga keputusan yang keluar adalah keputusan yang Cemerlang, Insya-Allah..



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

SEGMEN ILMU: JANGAN SOMBONG!

Hari ini, saya nak kongsi Ilmu sikit yang bertajuk
"Jangan Sombong"


Ha, sape kat sini tak penah berperangai SOMBONG dengan korang ada, cer angkat tangan sikit...nak tengok... Rasa nya semua orang ada sifat sombong dalam diri masingII kan, Misalnya, kita sombong dengan apa yang kita miliki, kita takbur , suka memperkatakan orang lain ,Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya,sombong kerana ego dan lain-lain lagi

Oleh yang demikian saya nak kongsikan sedikit tentang keburukan perangai sombong kita tu

 Susah menerima pandangan orang lain

 Mudah marah dan beremosi

 Memilih-milih kawan

 Memandang hina kepada golongan bawahan

 Tidak senang dengan kejayaan orang lain

 Tidak menghargai pemberian orang lain

 Memperkata keburukan orang

 Mudah berdendam

 Susah meminta maaf dan memberi kemaafan

 Kurang bermesra dengan orang 

"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri (Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi S.A.W bersabda, " Tidak akan  masuk syurga, sesiapa di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan, Hadis Riwayat Muslim

senyum tu indah, bukan kah senyum tu merupakan satu sedekah, senyum la kepada semua orang, tapi jangan senyum berlebih-lebihan takut orang salah anggap pula 


p/S: Ingin tahu lagi Jenis-jenis Sombong yang dilaknat Allah s.w.t boleh pergi ke LINK


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Sakit Gigi Menyerang Kembali

selamat pagi awakII semua, 
awal betul saya bangun hari ini, sebab tak leh nak tidur, sakit Gigi menyerang kembali, arrgghhh sakittt!!!!  

Hari itu, ianya sudah baik, tapi sejak 2 hari lepas, sakit gigi uh datang balik, kena pulak uh tempat yang sama (tempat gigi tampal).. tak tahu cam mana na hilang kan kesakitan tu, bila makan ubat tahan sakit, ia akan hilang, tapi sekejap je then datang balik sakit nye, mak saya pun dah tak tahu nak buat apa lagi, maybe, masa tampal, ada yg tak kena pada gigi belakang saya nie, tak pun doktor uh silap, entah lah..

TAk pasalII kena tunggu hari rabu nie, kena p semula hospital, rasa cam nak cabut je gigi nie, Ya Allah sakit nye jangan di kata, menyusukII ngilu nye lain.. Tahan je lah, Dugaan ...

TAPI..
pagi tadi dapat satu idea, amik bawang putih buang kulit nya, then potong sikit, getahnya, sapu kat gigi sakit tadi, Alhamdulillah, kesakitan nya da kurang sikit, Kita tengok je la nanti macam mana..  Semoga kesakitan itu, hilang terus. 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

My cousin sister's Marriage (Part 3)

(PART 1 ) (PART 2)
                        

Groom's Reception 9 December 2012

* Majlis sambut menantu

Muhammad Zahid & Nurul Huda



Ketibaan Pengantin

Kena tahan dulu..

Mengambil berkat kedua ibu bapa pengantin belah lelaki

*Baju persalinan pertama

* Ibu bapa belah pengantin Lelaki


New family's



makan damai

Berseri-seri muka mereka 

Persalinan Kedua

New Family


Family Ami Jaafar

Family Ami Aziz



Acara potong kek








SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT

























Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...