Kehilangan Seseorang

Kehilangan seseorang yang amat rapat dengan diri kita sangat terasa di hati. Walaupun kami sering bergaduh-gaduh manja, tapi tiada simpan pun kerna kami tahu ianya sekadar gurauan..

Selepas ini, aku akan ditinggalkan oleh DIA, Ya Allah, hanya Allah tahu betapa sedihnya hatiku bila mendengar yang dia tidak akan bersama-sama dengan ku lagi sehingga kami berjuang dalam menuntut ilmu yang jauh diperantauan.

Pada mulanya, memang aku tidak dapat nak menerima, aku hanya senyapkan diri ini sahaja, tidak tahu nak katakan apa lagi, kerna itu sudah tertulis  buatnya. Kawan ku menasihati aku, agar aku belajar untuk menerima seseuatu yang berlaku dengan redha.

Aku cuba untuk menerima sesuatu itu, tapi susah untuk aku hadam untuk menerima dalam masa yang terdekat ini, 
Bukan aku tak pernah kehilangan seseorang, tapi ianya tak sama langsung dengan kehilangannya kali ini, Kehilangan kali ini benar-benar terasa, Aku lagi terasa kerana dialah kawan yang first aku jumpa ketika datang ke sini, sekarang dia nak tinggalkan aku sendirian di sini..(lap air mata)

Buat dirinya, tak pe, saya tahu mungkin bukan rezeki awak di sini, sebab rezeki Allah itu luas, aku hanya doakan agar awak berjaya dengan tempat baru yang awak akan pergi itu. Mungkin di sana awak akan berjaya. :')

saya cuba untuk tidak menanggis di hadapan awak, tapi apabila aku pendam, aku tak kuat, sekarang nie aku benar-benar terasa akan kehilangan itu,

...............................................


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Eid Mubarak

"Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin"

buat semua yang mengenali diri ini, dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jika selama perkenalan kita saya ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan kalian, mohon dimaafkan.
Salam Kosong_kosong dari saya


Tahun ni,Alhamdulillah, saya dapat beraya belah mak saya di kuala Lumpur, dapat jumpa semua cousin n saudara_mara belah my mum. seronok sangat, ada yang tak pernah ketemu, tapi Alhamdulillah raya tahun nie dapat jumpa semua .

Cucu_cucu tok salmah


My mum side

First day raya

sister, cicik Anne n me 

Saudara mara n cousin mum side, tapi ada yang tak de lagy nie. Da balik ke kampung masing_masing.



Seronok sangat raya kali ini, tapi dalam keseronokan itu, hati ku terasa kosong, sebab orang yang ku suka dalam diam dan impikan selama nie, bukanlah menyukai diri ini, walaupun dia tak katakn, tapi dari caranya saya tahu, it's okey awak, saya rela menjauhi dari saya yang sakit dikemudian hari. Saya tak sanggup untuk tersakiti untuk kedua kalinya,Cukuplah sebelum-belumnya Mungkin tiada Jodoh kita..
Janganlah serik mengenali diri ini, sebab saya tahu diri ini banyak kelemahannya, saya mencari "mereka" yang boleh menerima kelemahan diri saya, bukan yang tahu menghukum sahaja!


"Selamat Hari Raya "


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Harga Lesen Mahal!

Sambil_sambil online semalam, ternampak statement
"Harga Baru Lesen Kereta dan Motor Bermula JULAI 2014"
oyeah!!Harga Lesen naik.Ingatkan harga barangan n minyak petrol je naik, rupanya, Nak ambil lesen kereta pun naik.. daebak la !

harga lesen kereta dari Rm1300 --> Rm 2000

harga lesen motor dari Rm600--> Rm 1050

dan...dan...dan... paling terkejut, harga lesen kereta yang dikatakan naik mulai julai tu,naik sampai Rm2k!!!

RM2K??? mahalnya, Rm 2k tu rasanya dapat menampung perbelanjaan 1 semester saya di UNIMAS sana.. Terbantut niat nam ambil lesen kereta masa cuti semester nie, kena kumpul duit dulu, baru boleh ambil.. kerja dulu la nampak gayanya baru boleh amik kot..
Tapi, kawan den kata, setiap tempat berbeza harganya, kalau berbeza bolehlah ambil kat tempat lain yang murah sedikit harganya seiringlah dengan kemampuan kami sebagai pelajar.

Tapi, kesian pada rakyat, especially, golongan muda yang kurang berkemampuan untuk memiliki lesen kereta, bukankah itu satu beban bagi mereka? Elok_elok diorang berniat mahu ambil lesesn, terus terbantut nak ambil, sebab tak mampu untuk ambil kerna terlalu mahal sangat! Kalau mahu naik kan boleh, tapi berpada_padalah.

Bila baca komen pada Artikel yang disebutkan di atas tadi tu, ramai menyatakan, ada yang rela kena saman dari ambil lesen, da uh nak ambil lesen mahal teramat. Kesian rakyat..
Moga PM kita prihatin akan isu tersebut dan berbincang semula relevant ka harga begitu?



p/s:: Lepas ini kita naik basikal jelah, harga lesen naik, minyak naik, kihkih. ::


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Dairi RamadhanKu

wah.... lama sudah tak update blog, da berhabuk blog nie tak di usik tuannya.. adalah berbulan-bulan tak berusik blog nie. heee

Alhamdulillah, hari nie sudah masuk hari yang ke-15 sudah umat islam berpuasa. Dalam kita membuat persiapan untuk menyambut aidilfitri yang semakin hampir, tetapi Di negara sana (GAZA)bermandian darah atas kezaliman tentera zionis. Moga Allah permudahkan urusan tentera Palestin  dan menghancurkan bala tentera zionis

#PrayForGaza

9 Julai 2014

Tarikh yang menentukan hala tuju ku selama berada di semester 2 2013/2014 di UNIMAS. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana keputusan sem 2 kali ini amat bermakna sekali, ada improvement yang ketara sekali dari semester lepas. Semua subjek yang ku ambil, semua paper lulus dengan jaya nya, dan GPA jugak menigkat, alhamdulillah. Terima kasih ku ucapkan kepada lecture yang banyak mencurahkan ilmu buat kami semua, rakan-rakan ku yang tak putus-putus beri kata semangat dan mendoakan kejayaan ku, buat kedua ibu bapa ku yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya yang jauh diperantaun, saudara mara ku semua, thank You so much, In Sha Allah naik semester baru ini, akan ku usaha lebih lagi hingga dapat DEAN LIST ka, aamin in sha Allah.. :)

Okey dalam gembira, ada kesedihannya..
Berada dalam delima sebenarnya, 

Hendakkah dia dengan aku?Dapatkah dia menerima aku ?tak nampak desperate sangat ke kalau aku mulakan dulu?

haha, apa punya soalan da yang bermain di benak fikiranku nie.Actually, kawan aku da banyak kali pesan berterus terang dengan MR.F ENGKAU TU!!

huaarrggghhh!!! korang cakap senanglah, tapi yang nak cakap nya aku, susah...susah... AQIRA u hanya ada tempoh kurang dari 1 month sahaja dari sekarang..  fikir...fikir.. apa harus buat..

Nak buat gapo nya, kalau dia sendiri pun menghilangkan dirikan. Mungkin.. (mungkin okey!).. ntah lah banyak sangat kemungkinan.. Aku berdoa sahaja, moga semua nya berjalan lancar..

Biar masa yang menentu kan.. jika dalam sebulan nie tak de
apa-apa, baik move on sahaja! :(

Daannnn... sebab itu la sampai sekarang aku ndak dapat beri jawapan pada someone, sebab aQ ada perasaan pada orang lain. paham-paham sudah la. (Sorry..)

24 Julai 2014

excited tunggu adik aku dari kulim balik untuk cuti raya,, yeaahh!!
26 Julai, in sha Allah Fly to Kl beraya sama keluarga belah mak aku di KL, cicik dari penang pun ada, wahh, best-best!!

p/s: Kalian semua menyambut hari lembaran di mana, kongsi-kongsilah di comment.tQ :)


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

PERKONGSIAN: 6 Wanita yang Tak Boleh Dijadikan Isteri

Hari ini kamek mau kongsi sedikit perkongsian ilmu, moga mmberi manfaat kepada para pembaca semua ;)

tajuk yang ingin kamek kongsikan 

6 wanita yang sik boleh dijadikan Isteri

bile kamek baca tajuk itu, rasanya mau kongsikan kepada semua.. jika ada salah mohon diperbetulkan..

 Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita (LELAKI) bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun,ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan tidak boleh dijadikan istri. Siapakah mereka itu?

Berikut merupakan kriteria wanita yang harus dijauhi oleh para lelaki, dan jangan jadikan sebagai istrinya:


a)  Wanita “Ananah” 
wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

b) Wanita “Mananah”
wanita yang suka menidakan usaha dan jasa suami, tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit apa yang dilakukan untuk rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

c) Wanita “Hananah”
 Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan.  Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

d) Wanita “Hadaqah”
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelikan untuknya, selain itu wanita ini juga suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuatkan lelaki pusing kepala.Dia ingin apa sahaja yang ia suka dan suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain serta Suka menunjuk-nujuk kepada orang lain.

e)  Wanita “Basaqah”
-terdapat 2 makna iaitu ;

i) wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. wang nya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji akan kecantikannya. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh melebihi darinya.

ii) dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bahagianya.

f) Wanita “Syadaqah” 
Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

SUMBER: dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Happy Birthday To Me

pada tanggal 9 April pukul 9 malam maka lahirlah seorang insan yang baru mengenal dunia, membuat kedua ibu bapa nya tersenyum kerna kelahirannya di dunia nie, dan ianya di beri nama
 
SITI NUR AQIRA BINTI ANWAR

Alhamdulillah,tepat jam 00.00 malam 9 April 2014 maka genaplah umurku 21 tahun.. Syukur..

~Happy Birthday To you
~Happy Birthday to you
~Happy Birthday to Nuraqira
~happy Birthday to you~

Terima kasih sahabat-sahabatku kerna wish my birthday, roomateku kerna  nyanyikan lagu happy birthday buat ku, dan tidak lupa jugak buat kawan-kawan facebook yang lain.. THANK YOU SO MUCH...

Semoga awak orang semua dikurniakan Rahmat Allah SWT dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang sihat..


Terima kasih najwa atas pemberian hadiah tu, cantik sangat..



Dan lagu Happy Birthday yang comel  dari eira, terima kasih (: :)


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Happy Birthday To Wahidah

Hari ini 3 APRIL 2014
merupakan Birthday Wahidaahhh..

"Happy Birthday To You"
"Happy Birthday To You"
"Happy Birthday To wahidah"
"Happy Birthday To You"

Happy Birthday sayang ku wahidah, semoga kamu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang sihat dan memperoleh ilmu yang bermanfaat..

Thanx Being my Friend :)

Dia lah merupakan Kembar tak seiras saya, kami bukan adik beradik, tapi kami mempunyai persamaan yang hampir sama lah..

persamaan kami adalah

* Permulaan nama kami bermula dengan "SITI"
*Tempat kelahiran kami sama "KUALA LUMPUR"
*Kami berdua memakai "CERMIN MATA"
*Bulan kelahiran kami adalah sama iaitu "BULAN APRIL" tapi beza beberapa hari sahaja, so dia la akak kan =P
itulah Persamaan kami walaupun tak berapa nak banyak sangat kan, hehhe

"Happy Birthday Dear "


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Happy Birthday Adikku

Tanggal 1 April setiap orang akan  mengenakan orang lain kerna Hari nie dikatakan Hari "April Fool"

Tapi bagi ku hari nie hari yang gembira kerna pada tanggal 1 April aQ telah memperoleh seorang adik lelaki yang diberi nama 

Ahmad Anwari Bin Anwar

hahha..

~Happy Birthday To you...~
~Happy Birthday to you~
~Happy Birthday To Anwari Ahmad Ahmad Anwari~
~Happy Birthday to you ~ (:(


da 20 tahun pun .. cepat sungguh kau membesar. hahha

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki hendaknya dan sentiasa dalam lindungan serta mendapat Rahmat Allah SWT. aaminn..




Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Semuanya Sama

Selamat Petang (:

31 mac 2014, tarikh akhir bagi bulan mac sebelum memasuki bulan April.. Berbagai ujian dan rintangan yang telah ku tempuhi semasa bulan mac nie..

Segala cabaran yang telah ku tempuhi akan ku jadikan ianya sebagai pengajaran dan hikmah..

"Ku sangkakan panas sepanjang hari tapi hujan di tengah hari"

Apa yang saya telah lalui, akan saya ingat dan mengambil iktibar, kenapa saya katakan begitu, adalah sebabnya..

"Lelaki" yang saya kenal, semua nya sama perangainya, tak seorang pun yang betul-betul ikhlas ketika berkawan, never mind, mungkin kmk nie terlalu baik tu yang orang buat kita begitu,

Dan mungkin kesilapan diri sendiri ketika berkawan, mudah menaruh harapan yang tinggi hingga ke langit, last-last jatuh menyembam ke bumi.. rasakan sendiri kesakitannya. (:




Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Biar Ia Datang Sendiri

Selamat Pagi,
Mulakan Hari-hari kalian dengan ucapan Bismillah 

Semalam, kawan dari kecil kami membesar sesama call kamek, kamek ingatkan siapa yang call kamek..
Sebab sudah lama sik jumpa sama dia..

Dia call kamek mau nanya, kamek dapat datang sik ke majlis perkahwinan nya, In sha Allah, jika adalah rezeki n waktu tu tak clash sama waktu final exam, Kamek akan sampai ke sana..

Excited bah, kawan mek orang mau kawin.
berbual-bual dengan nya, dia nanya,

"Qira, bila lagy mau kawin "

waduh-waduh, soalan cepus mas da keluar heeee

kamek madah sama nya

"In Sha Allah, Biar ianya datang sendiri (Jodoh) kmk malas mau cari buat masa nie, Sabar jak, nanti taw-taw kad jemputan aje sampai ke rumah "

kmk rindu sangat sama kawan kmk, iya lah sudah la sik jumpa, adalah 8 tahun kmk sik jumpa sama nya, lama sangat, Dia sendiri pun madah suara kmk lain sgt, iya lah, sudah lama sik jumpa memang suara lain yang amat. heee

Semalam kmk orang cerita zaman sewaktu kecil-kecil dulu, membesar sesama.. Terasa mau kembali ke waktu kecil-kecil dulu, seronok sangat..

kawan-kawan kmk waktu kecil-kecil dulu sudah dua orang kawin, sorang lagy bakal menyusul, Tahniah Kamek ucapkan..


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Pertandingan Nasyid

Pada hari sabtu yang lalu bersamaan 15 Mac 2014 kamek dan kawan kamek yang lain masuk pertandingan nasyid sempena 

Minggu Kesenian Islam 
anjuran Kolej Bunga Raya

Nama kumpulan kitak Orang 

Shoutul Jannah

 kitak orang bawa dua buah lagu . satu daripada nya haruslah bertemakan Perjuangan dan lagi satu lagu berbentuk bebas..
pada malam tersebut seramai 9 buah kumpulan yang bertanding. Masing-masing semua nya hebat-hebat belaka.. Ada yang mendendangkan lagu rap yang Mawi nyanyi tu.. heee

Nie la ahli Kumpulan Shoutul Jannah 

Ini pula Gambar yang kami ambil sebelum pertandingan bermula.. bergambar dulu ye ;)






itulah serba sedikit yang ingin kamek kongsi kan sama kitak urang .. sehingga ketemu lagi


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Minggu Air Mata

macam kelakar jak tajuk entry malam.. krik..krik

kenak kamek madah minggu Air mata
Hari isnin, mak kamek mesej menyapai kan berita yang sedih ..
sedih apa, adik kamek mengalami accident, walaupun tak teruk mana, tapi kamek risau, sedih, da la kamek berada jauh dari keluarga.. dan dia lah satu-satunya adik lelaki yang kamek ada..

Alhamdulillah, dia baik-baik jak, tapi ada luka-luka la..

malam nie pula kamek nangga crta sedih..
crta hindustan pulak tu, berderai la air mata kamek malam ni..
mudah sungguh air mata kamek mengalir minggu nie..
mungkin kamek sudah lama menyimpan duka dalam diam, bila tiba masanya, semuanya berderai...

mau taw apa yang kamek nangga certa hindustan tadi
tajuk nya

Dil Hai Tumhara.
mUJHSE dOSTI kAROGE

dua-dua cerita sedih ya amat, boleh mengalirkan air mata siapa yang nontonya..
salah seorang tu adalah kamek.. krikk..krikk

Semoga malam nie merupakan malam terakhir untuk air mata kamek mengalir . semoga esok hari adalah hari yang boleh menggembirakan hati kamek..

Ya Allah, Engkau lindungilah KeluargaKu dari sebarang Ancaman bahaya danberikan lah kesembuhan buat adik ku.. semoga mereka dalam lindungan rahmat mu Ammin.


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Kata Hati Tersentap

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk sebab adanya training Nasyid (sabtu bertanding)
kelas yang begitu padat serta assigment yang semakin bertambah serta exam mid term yang semakin hampir..

In sha Allah, semoga Allah Permudahkan segala urusan ku, lancarkan segala perkara yang menghalangi ku. 

"Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Kata Hati Tersentap "

kenapa tajuk entry tu hari ini, adalah sebab nya..
sebabnya, hanya lah saya yang merasai nya..
sebelum kita mengatakan sesuatu, kita haruslah memikirkan perasaan orang lain, 
ianya bermaksud, kalau nak katakan sesuatu tu, jangan lah kata yang dikeluarkan itu menyentap perasaan orang lain..

Walaupun pada pandangan anda, ianya hanya satu gurauan, whatever la kan, tapi 
tolonglah.. tolonglah fikirkan perasaan orang lain.. sebab kadang-kadang gurauan itu menyentapkan hati orang lain tapi bagi kita ianya semata-mata gurauan sahaja!!

Baik kita muhasabah kan diri, mengenangkan kembali, hati siapa yang pernah tersentap dengan kata-kata kita, lalu mohon la maaf, saya sendiri pun bukan nya sempurna, banyak kekurangan nya, tapi tak jatuh pun maruah seseorang kalau kita memohon maaf..

Hati kita pun tenang tanpa ada rasa resah gelisah, perhubungan pun akan bertambah baik..


p/s: Dikesempatan ini, saya juak mau memohon maaf kepada semua rakan-rakan saya , maaf kan sepanjang perkenalan kita, ada kata yang menyentapkan perasaan anda semua, :(


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Walking In UNIMAS

petang-petang dari duduk saja dalam bilik, baik kita melakukan exercise sedikit.
At least dapat melapangkan minda dengan melihat cipta terindah Allah swt.

terlintas di minda mau ajak roomate iaitu najwa walking dari BRC lalu pusat islam n singgah ke Boyan untuk melihat ikan pula.. 
seronok jugak walking, nanti mau pergi lagi la

Hari ini ku dengan najwa buat satu round jak, in sha Allah akan datang up pula 2 Round, bila lama-lama kita jalan ianya tak kan terasa penat sebab da biasa.. heee

Actually, ku bukan nya ada masalah besar ye wahai najwa, masalah tu ku yang cari sendiri, so dari pening kepala, baik kita exercise lagi seronok ^^

ianya tiada perkaitan dengan orang disekeliling ku pun tapi ianya hanya la masa silam jak..
lagi pun ku sudah lupakan nya sejak kita lakukan WALKING lagi ^^
hebatkan, sekejap jak KU boleh melupakan nya ^^

ha.... nie la gambar yang sempat kami ambil,
sambil WALKING kita snap la dulu picture nya ya ^^




nie la menara yang berdekatan dengan boyan ^^

di atas jambatan Cinta mengadap Fakulti ku

di atas jambatan Cinta mengadap PUSAT ISLAM


pemandangan waktu senja dari kolej ku..

SubahanAllah, cantik sungguh pemandangan di kala waktu senja..









Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Peristiwa Yang Menyakitkan

wah, da lama sik update blog ku nie, rupaII nya udah berhabuk..
kesian sama blog ku nie..

sikpaII in sha Allah kalau tuan mu rajin, akan ku update blog nie ye :)

actually, sik tahu mau tulis apa, bedal jak la, at least ada la tulis juak..

ku terfikir, kenapa ku harus mengingati masa silam, kerna mengingati masa silam membuatkan ku terasa sakit..
ku rasa sedih, kerna membuat buat perkara paling bodoh dalam hidup ku...

dan perkara itu adalah, mencari EX ku kembali, motif nya hanya ingin berkawan, tapi mereka sik mau pun kawan sama ku pun, jadi itu lah perkara yg paling bodoh pernah ku buat....

tak salah jika kita mau  kawan! right?, tapi orang sik sudi mau kawan, tak kan ku mau paksa, jadi, ku terima jak la..

ku sik mau manaII hati sakit lagi..

mungkin ku sik layak mau berkawan dengan mereka semua, kerna mungkin mereka sudah gembira dengan hidup mereka..
so sik perlu la  ku kacau lagi kehidupan mereka...

actually, ku memerlukan kawan, kerna ku memerlukan sokongan moral dari kawanII,  :'(

p/s:Luahan hati nurani :(


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...