PERKONGSIAN: 6 Wanita yang Tak Boleh Dijadikan Isteri

Hari ini kamek mau kongsi sedikit perkongsian ilmu, moga mmberi manfaat kepada para pembaca semua ;)

tajuk yang ingin kamek kongsikan 

6 wanita yang sik boleh dijadikan Isteri

bile kamek baca tajuk itu, rasanya mau kongsikan kepada semua.. jika ada salah mohon diperbetulkan..

 Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita (LELAKI) bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun,ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan tidak boleh dijadikan istri. Siapakah mereka itu?

Berikut merupakan kriteria wanita yang harus dijauhi oleh para lelaki, dan jangan jadikan sebagai istrinya:


a)  Wanita “Ananah” 
wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

b) Wanita “Mananah”
wanita yang suka menidakan usaha dan jasa suami, tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit apa yang dilakukan untuk rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

c) Wanita “Hananah”
 Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan.  Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

d) Wanita “Hadaqah”
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelikan untuknya, selain itu wanita ini juga suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuatkan lelaki pusing kepala.Dia ingin apa sahaja yang ia suka dan suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain serta Suka menunjuk-nujuk kepada orang lain.

e)  Wanita “Basaqah”
-terdapat 2 makna iaitu ;

i) wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. wang nya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji akan kecantikannya. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh melebihi darinya.

ii) dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bahagianya.

f) Wanita “Syadaqah” 
Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

SUMBER: dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

0 Pengkomen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...