Kehilangan Seseorang

Kehilangan seseorang yang amat rapat dengan diri kita sangat terasa di hati. Walaupun kami sering bergaduh-gaduh manja, tapi tiada simpan pun kerna kami tahu ianya sekadar gurauan..

Selepas ini, aku akan ditinggalkan oleh DIA, Ya Allah, hanya Allah tahu betapa sedihnya hatiku bila mendengar yang dia tidak akan bersama-sama dengan ku lagi sehingga kami berjuang dalam menuntut ilmu yang jauh diperantauan.

Pada mulanya, memang aku tidak dapat nak menerima, aku hanya senyapkan diri ini sahaja, tidak tahu nak katakan apa lagi, kerna itu sudah tertulis  buatnya. Kawan ku menasihati aku, agar aku belajar untuk menerima seseuatu yang berlaku dengan redha.

Aku cuba untuk menerima sesuatu itu, tapi susah untuk aku hadam untuk menerima dalam masa yang terdekat ini, 
Bukan aku tak pernah kehilangan seseorang, tapi ianya tak sama langsung dengan kehilangannya kali ini, Kehilangan kali ini benar-benar terasa, Aku lagi terasa kerana dialah kawan yang first aku jumpa ketika datang ke sini, sekarang dia nak tinggalkan aku sendirian di sini..(lap air mata)

Buat dirinya, tak pe, saya tahu mungkin bukan rezeki awak di sini, sebab rezeki Allah itu luas, aku hanya doakan agar awak berjaya dengan tempat baru yang awak akan pergi itu. Mungkin di sana awak akan berjaya. :')

saya cuba untuk tidak menanggis di hadapan awak, tapi apabila aku pendam, aku tak kuat, sekarang nie aku benar-benar terasa akan kehilangan itu,

...............................................


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...