BAJET 2013

Senang hati semua rakyat mendengar tentang Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita petang semalam..

Tema bagi Bajet tahun 2013 ialah " Memakmurkan Negara,Mensejahtera Rakyat:sebuah janji ditepati".
Terdapat 5 FOKUS utama dalam pembentangan bajet semalam iaitu:

Merangsang aktiviti Pelaburan
 Memperkasa pendidikan & Latihan
 Membudayakan Inovasi meningkatkan Produktiviti
 Konsolidasi Fiskal & Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
 Mensejahterakan Rakyat 
 
Ini adalah inti pati Bajet 2013 yang dibentangkan oleh PM kita semmalam;

Pada tahun 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus. Julung kalinya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras 1 trilion ringgit. Pertumbuhan lebih baik ini didorong oleh pelaburan dan penggunaan swasta sebanyak 13.3 peratus dan 5.7 peratus. Sektor pembinaan dijangka terus meningkat kukuh 11.2 peratus diikuti oleh sektor perkhidmatan pada kadar 5.6 peratus.

Peruntukan bagi Bajet 2013 ialah;

  Bajet 2013 akan menyediakan peruntukan sejumlah 251.6 bilion ringgit bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, 201.9 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus dan 49.7 bilion ringgit bagi peruntukan pembangunan.

 dIbawah Peruntukan Mengurus;

  sejumlah 58.6 bilion ringgit adalah bagi Emolumen dan 33.7 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, 107.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah 1.1 bilion ringgit disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.2 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.

manakala,dibawah peruntukan pembangunan pula;

sejumlah 30 bilion ringgit disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah 11.1 bilion ringgit diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, 4.6 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, 2 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka. 

Dari segi kutipan hasil kerajaan persekutuan bagi tahun 2013 ;

 jumlahnya dianggarkan 208.6 bilion ringgit, berbanding 207.2 bilion ringgit pada tahun 2012. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan akan terus berkurangan kepada 4.0 peratus daripada KDNK bagi tahun 2013, berbanding 4.5 peratus pada tahun 2012. Ini menunjukkan Kerajaan komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal ke paras lebih rendah.

dalam peruntukan bajet tu,ianya lebih banyak tertumpu kepada kesejahteraan rakyat,syukur PM terus prihatin terhadap kesejahteraan rakyat. pelbagai cara @ insentif yang diambil untuk kesejahteraan rakyat .. selepas ni senyum lebarlah masingII, semua yang dikehendaki telah diperolehinya.

Ini pula merupakan ringkasan bagi Bajet 2013;



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Jamuan Tingkatan Enam 2012 (part 1)

Hari ini, syukur saya baru dapat kertas jawapan bahasa melayu kertas 2..
saya perolehi 65

okey,hari ini saya nak cerita sikit tentang "Jamuan Tingkatan Enam"
yang bakal di lakukan oleh adik-adik kami iaitu pelajar Lower six..
untuk laksanakan program Jamuan nie bukan lah senang, banyak pihak yang terlibat & banyak cabaran yang dihadapi terutama sekali masalah dari segi Pembayaran duit.

Macam tahun lepas, kami yang handle jamuan makanan malam untuk pelajar upper six 2010/2011, alhamdulillah tiada masalah, cuma tahun nie kami hadapi masalah.
saya rasa macam tiada kerjasama pun ada, tapi bile difikirkan balik, kami mahu ubah sedikit.. Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Pelajar upper six, kami kena bayarRM 50 manakala hanya 15 orang pelajar lower six yang akan pergi untuk handle jamuan tu dan mereka kena bayar sebanyak RM 20 seorang..
Berbanding tahun sebelumnya, pelajar lower six wajib bayar RM15 seorang. Tapi tahun nie,ramai yang tak setuju,jadi kami ubah.

Jadinya tiada lagi perbalahan yang sini setuju, kat sana tak setuju. semuanya sama rata..
Jamuan tu, kami semua rancang nak buat 6.10.2012(SABTU)
Tema pada malam tu kami tak rancang lagi, mungkin dalam masa terdekat nie, kami bincang semula tema apa yang di ingini pada malam tersebut 
Tak sabar nak tunggu pada malam tersebut, mesti seronok kan :)

p/s: perkembangan akan di beritahu dari semasa ke semasa ,insyaalah 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Kecewa Dihati Tak Siapa Yang Tahu (part 2)

sambungan part 1

Hari ini, hari yang menyakitkan bagi saya, kenapa tiada seorang pun nak paham dengan diri saya, benciII..
termasuklah "dia"

ye, saya akuai, saya memang cepat terasa dengan apa yang orang kata kan sama ada mengumpat ke, mengata ke, mentertawakan saya ke mahupun memalukan saya di khalayak orang. Tindak balas dari mereka buat tu menyebabkan saya cepat nak marah, sebab saya tak mahu ditindas dengan orang yang mempunyai perangai busuk hati dan berfikiran "kolot" sebegitu... Benarkah ia???

Saya perlu berfikiran positif dan lebih bersikap terbuka selepas nie, boleh ke begitu  ?

INSYAALLAH BOLEH :)



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Cemburu Tanda sayang..

lumrah hisup manusia,mempunyai perasaan cemburu terutama mereka yang berada dalam sesuatu perhubungan.Ditambahkan lagi bagi cinta jarak jauh,lagilah, sebab ada pasangan yang kadangII masih raguII dengan kesetiaan pasangannya..

walau bagaimanapun, emosi & marah seseorang tu perlulah dikawal,agar perhubungan yang dibina tidak menjadi retak disebabkan perasaan cemburu & marah yang menguasi diri seseorang..

mengikut kajian yang telah dibuat;

hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Malahan, masalah yang kecil pun boleh jadi besar,sebab tidak pandai kawal perasaan.

Apapun yang terjadi,perang besar ke mahupun kecil, jangan sesekali biarkan perasaan marah & cemburu menguasai diri anda,berikut adalah serba sedkit tips yang boleh dijadikan panduan untuk kita menjauhi perasaan marah dan cemburu;

Jangan sesekali memungkiri janji
Sentiasa jujur kepada si dia,kerana wanita @ lelaki memang benci apabila menipu
 Beritahu si dia mengenai perkara yang tepat & betul
 Jika pasangan anda mempunyai masalah, gembirakan hatinya dengan perkara yang dia sukai
 Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda
 Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.  



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Kecewa Dihati Tak Siapa Yang Tahu (part 1)

sejak  menjak nie, hati saya mudah terusik dan tersentuh dengan setiapa kataII dari kawanII saya mahupun pakwe saya sendiri..KENAPA AEK??

satu persoalan yang belum jumpa lagi jawapan nya..


#muhasabahkan diri sendiri 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...