BAJET 2013

Senang hati semua rakyat mendengar tentang Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita petang semalam..

Tema bagi Bajet tahun 2013 ialah " Memakmurkan Negara,Mensejahtera Rakyat:sebuah janji ditepati".
Terdapat 5 FOKUS utama dalam pembentangan bajet semalam iaitu:

Merangsang aktiviti Pelaburan
 Memperkasa pendidikan & Latihan
 Membudayakan Inovasi meningkatkan Produktiviti
 Konsolidasi Fiskal & Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
 Mensejahterakan Rakyat 
 
Ini adalah inti pati Bajet 2013 yang dibentangkan oleh PM kita semmalam;

Pada tahun 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus. Julung kalinya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras 1 trilion ringgit. Pertumbuhan lebih baik ini didorong oleh pelaburan dan penggunaan swasta sebanyak 13.3 peratus dan 5.7 peratus. Sektor pembinaan dijangka terus meningkat kukuh 11.2 peratus diikuti oleh sektor perkhidmatan pada kadar 5.6 peratus.

Peruntukan bagi Bajet 2013 ialah;

  Bajet 2013 akan menyediakan peruntukan sejumlah 251.6 bilion ringgit bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, 201.9 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus dan 49.7 bilion ringgit bagi peruntukan pembangunan.

 dIbawah Peruntukan Mengurus;

  sejumlah 58.6 bilion ringgit adalah bagi Emolumen dan 33.7 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, 107.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah 1.1 bilion ringgit disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.2 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.

manakala,dibawah peruntukan pembangunan pula;

sejumlah 30 bilion ringgit disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah 11.1 bilion ringgit diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, 4.6 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, 2 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka. 

Dari segi kutipan hasil kerajaan persekutuan bagi tahun 2013 ;

 jumlahnya dianggarkan 208.6 bilion ringgit, berbanding 207.2 bilion ringgit pada tahun 2012. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan akan terus berkurangan kepada 4.0 peratus daripada KDNK bagi tahun 2013, berbanding 4.5 peratus pada tahun 2012. Ini menunjukkan Kerajaan komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal ke paras lebih rendah.

dalam peruntukan bajet tu,ianya lebih banyak tertumpu kepada kesejahteraan rakyat,syukur PM terus prihatin terhadap kesejahteraan rakyat. pelbagai cara @ insentif yang diambil untuk kesejahteraan rakyat .. selepas ni senyum lebarlah masingII, semua yang dikehendaki telah diperolehinya.

Ini pula merupakan ringkasan bagi Bajet 2013;



Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

0 Pengkomen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...