Dugaan Di Hari Sabtu

Hari ini, fakulti kami kena hantar borang Perjanjian PTPTN.
saya dan kawan-kawan jam 8 pagi dengan bersemangat turun nak ke HEP untuk hantar borang, alhamdulillah masa nak pergi, ayah evi hantar sampai ke HEP..

Sampai ke HEP, masuk tengok mana dokumen salinan yang kena palang dua yang kena tulis "UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA", lepas da buat tu semua, masuk ke dalam dewan Delima untuk dengar taklimat..
Selepas dengar taklimat, kawan kami ada masalah dengan Cetakan maklumat peribadi (tak boleh lebih 3 helai), lepas tu, kami pun pergi CAIS untuk print baru, mula-mula dia kata belum bukak, okey kami tunggu, sekali lagi tanya kat akak kaunter tu dia kata tutup, so dengan muka sedih kami pergi ke book store untuk print, pun tutup. Dengan perasaan yang kecewa, kami memutuskan untuk ke Pavilion. 

Okey dengan harapan moga kedai di pavilion tu bukak, sesampai je saya dengan evi di sana, kami masuk ke kedai tu. Kami cakap mau print kertas, jawapan yang begitu mengecewakan hati kami!
"boleh mau print, tapi black out la dik,kalau dik mau tunggu boleh la"
dengan perasaan yang sedih bercampur penat kami duduk di pavilion sat,hilang kan penat dulu. Lepas tu saya teringat dekat group FEB ada seorang pelajar TAZ(satu-satunya kolej tak black out) ada buat service print, so saya pun cari la nombor telefon akak tu, da jumpa! saya dan evi pun balik ke kolej BRC semula dan terus ke kolej TAZ,dengan muka yang begitu confident terus ke TAZ! sesampai di kolej TAZ, kami termanggu seketika, kat mana bilik akak nie aek, tengok balik post yang akak tu buat.Rupanya akak tu duduk di blok 202C. Masalah tu da settle, tapi timbul masalah lain pulak! bilik 202C tu kat belah mana pulak! arrgh sudah ,satu masalah baru lagi! terpaksalah kami kena tengok satu-satu blok yang tulis 202, Alhamdulillah, jumpa terus ke bilik akak tu then print..

Siap print saya dan evi pun balik la dulu kolej,sebab penat sangat,nanti bolehlah bawa dokumen salinan yang lebih, mana tahu kot-kot salah ke, so tak tak payah berulang-alik ke kolej, penat woooo, da la jauh..

Dalam pukul 12.00 tengah hari gitu kami ke bangunan HEP balik, ingat kan makin susut lah orang ke sana, rupanya makin ramai, nak tak nak kena lah jugak beratur! da masuk ke dalam, 5minit lagi kaunter akan di tutup untuk bagi laluan mereka makan n solat!, kena la tunggu sampai pukul 2 ptg pula.

Jam 2 petang baru beroperasi semula, tunggu punya tunggu, akhirnya sampai jua turn saya, Alhamdulillah, semua nya berjalan dengan lancar, da siap semak dan permohonan diterima, terus hantar then balik ke hostel.

p/s: Untunglah roomate saya, esok dia hantar so, tak de la banyak masalah sangat, sebab tanya je dari saya, senangnya kerja dia kan! hahah


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Wish Me luck !

selamat pagi semua, bangun-bangun da cerah ni.
dulu kalau dekat semenanjung pukul 6.30 pagi tu masih gelap lagi, tetapi sejak belajar di sarawak ni 6.30 pagi tu da cerah umpama pukul 8 di semenanjung.So kena biasa kan diri dengan persekitaran baru.

Baiklah, lebih kurang seminggu lebih je lagi cuti mid term bagi semester 1 2013/2014akan bermula .INI bererti, sebelum cuti akan ada EXAM MID-TERM!!
Yang bestnya (BEST KE?),Hari ini saya akan bermulanya EXAM MARKETING, Ting Tong!
 hopefully saya dapat menjawab soalan yang di beri dengan hati yang tenang dan menjawab dengan penuh kesungguhan (Tak Mo jawab Men-men ye!)

selepas itu, 30.october.2013 EXAM BUSINESS COMMUNICATION
Ingatkan semua subjek amik sebelum cuti Mid-Term tetapi jangkaan ku meleset sama sekali kerana ada dua subjek yang akan di ambil selepas cuti Mid-term . Subjek itu adalah MANAGEMENT & PRINCIPLE OF ECONOMIC !!

BUT, thinks positive!
mungkin 2 subjek tu saya dapat score (insyaallah) sebabnya, banyak masa yang diberi untuk kita study, so gunakan lah masa yang diberi dengan sebaiknya

AKHIR kata,saya memohon agar Kawan-kawan semua dapat mendoakan saya dan rakan-rakan seperjuangan menjawab soalan nanti dengan jayanya ye, amiin :)

P/S: tERIMA Kasih kerana sudi membacanya! Nanti lepas baca komen tau :)


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Jangan Mudah Berharap

Rindu nya nak update blog nie! da bersarang pun blog nie, sebab da lama tak update, hehhe
okey, saya nak cerita sedikit perkembangan saya, 

alhamdulillah, sekarang nie saya di sarawak bagi melanjutkan pelajaran saya, best belajar di sini, dapat jumpa ramai kawan baru dari pelbagai bangsa, agama. 
selain tu, sarawak nie tempat yang best tuk mereka yang nak pergi bercuti, insyaallah, jika ada kelapangan waktu, saya dengan roomate nak menjelajah area sarawak nie, shopping je la kami di sini !

Berbalik pada tajuk entry kali nie "Jangan Mudah Berharap" !
Berharap kepada siapa pulak la saya nie kan !

sebenarnya, saya tak tahu nak luahkan kepada siapa apa yang saya rasa pada "someone" nie, di sebabkan itu, saya menyimpan rahsia BESAR itu seorang diri, hahha kelakar je ayat nie, Whatever-lah

Kadang-kadang saya tertanya-tanya jugak kenapa lah saya nie suka kan dia walhal kami baru kenal je pun msj setakat dua tiga kerat tu je pun, tapi itu pun boleh sangkut, nie lagi parak..

TAPI, saya tak mahu terlalu berharap, sebab nanti saya tak dapat nak fokus pada pelajaran pulak susah nanti.. Biarlah saya sendiri yang tahu apa yang saya rasa, lagi pun, si dia nie pun suka kan orang lain.. sebab tu la saya tak mahu terlalu berharap.. Biarlah saya melihatnya dari jauh, ceh wah ayat bukan main lagi

p/s: Cinta membuatkan manusia menjadi buta


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...