Selamat Tahun Baru !!!


Tak sampai 4jam lagi,kita akan melangkah ke tahun baru.
wah!baru semalam kita berjumpa di tahun 2011 esok sudah pun melangkah ke tahun 2012
sungguh pantas sekali masa berlalu tanpa kita sedari
Segala kenangan di tahun 2011 akan ku simpul erat di dalam ingatan,
dan
bermulalah kita dengan azam dan harapan yang baru


ha,setiap kali kita melangkah masuk ke tahun yang baru,semua sudah pun mempunyai azam yang baru,walaupun masih ada azam semasa di tahun 2011 tidak terlaksana,pasti akan di bawa ke tahun berikutnya.

semasa azam saya di tahun 2011,hanya satu

untuk menyambung pelajaran
 da memulakan kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya
ha,tulah azam saya masa 2011,walaupun ianya cam samar-samar,tapi ada yang telah pun tercapai dan ada yang belum.walaupun begitu,2012 insyallah akan tercapai azam itu.dan 2012 juga merupakan tahun saya bakal menduduki STPM.

 azam saya untuk tahun 2012
 saya berazam untuk mendapat pointer yang baik sekali dalam exam STPM.
 saya mahu mengembirakan hati ibu bapa saya

 ingin menjadi anak yang solehah



itulah antara beberapa azam tahun baru saya.apa pula azam korang untuk tahun ini??harap-harap apa yang korang azam kan pada tahun 2012 akan terlaksana.bukan sekadar hanya azam semata-mata je taw!


sebelum kita berpisah yang ingin ucapkan 
"selamat tahun baru 2012 (Happy New Year) kepada semua rakan-rakan saya,semoga apa yang korang azamkan pada tahun 2012 akan terlaksana.insyallah"


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Gelagat Boboi Tidur

sambungan dari Entry Ini

saya da janji pada kalian kan mahu update mengenai "Gelagat Boboi TiduR"
sebenarnya,banyak picture yang telah saya snap mengenai kucing kesayangan saya nie,tapi sebelum kita melihat gambar mengada-ngada beliau,saya mahu introduce sikit mengenai "kekasih saya" nie 

BIODATA


NAMA: BOBOI BOY
UMUR: 1 TAHUN 2 BULAN
SUKA BERMAIN: BENDA YANG BEGERAK & ROTAN & DENGAN mJ
MAKANAN KESUKAAN: IKAN ,AYAM,KEJU
TEMPAT TIDUR: DALAM BAKUL BAJU,DALAM KOTAK,ATAS BANTAL

Ha,itulah serba sedikit mengenai "kekasih ku".Jom kita lihat gambar dia pulak,















ha...comelkan budak seekor sorang nie,comel sesangat,kadang-kadang bila dia tak balik uh,saya pikir dia kena culik dengan orang lain.

okeylah,itu serba sedikit yang ingin saya kongsi pada kalian,maybe ada yang diluar sana yang  giler kan kucing boleh lah jenggah-jenggah kat blog saya nie ataupun nak berkongsi gambar-gambar kucing yang korang amik tu boleh kongsi-kongsi sama saya
sekian


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Gelagat MJ Tido...comell!!

sebenarnya,saya tak tahu nak buat apa pagi,tibeII terasa cam mahu menaip pula..oke,hari niesaya ingin becerita mengenai :

Gelagat MJ tidur><
"MJ tu siapa?kucing baru ker?tak pernah dengar pun" 
MJ tu sebenarnya ialah kucing datang,dia dilahirkan di area kawasan umah saya,dia ada pasangannya nama dia Citam . Di berikan nama Citam coz badan dia semuanya warna hitam & MJ tu pula singkatan MeowII junior.Mereka nie merupakan adik beradik,MJ selalu bermain dengan Citam,tapi Mereka dua ekor nie penakut cikit.Dia bila dengan orang yang dia tak kenal,memang dia akan lari,dengan saya pun dia takut.PelikII je mereka dua ekor ni kan 

Hari nie saya nak tunjuk kan pada korang gambar yang telah yang snap ketika MJ tido,bila tengok balik,memang kelakar,macamII gaya ada,jom kita tengok di bawah nie

 Nie mJ tido dalam besen


 Mj & Boboi tido bawah kerusi

 MJ dalam besen kecil...muatII je badan dia


 Secara dekat..comel gitu.hehe
 MJ bersama dengan anak buahnya..lupa da nama dia...dia tu da meninggal..coz sakit

 MJ dengan oren..oren pun da meninggal co sakit..terkena racun,orang buat.kesian mereka 


 comelkan cara MJ tido..macam manusia tido pun ada.hehhe


 nie Ctam ngan Boboi...mengatal betul yang sekor nie (jelez!!)

  MJ dengan Ctam.adik beradik...sama ibu len bapak.hahha

 MJ ketika tidur di bawah kerusi


itulah serba sedikit pic yang telah saya snap semasa dia tengah Tido di dalam rumah mahupun diluar rumah.

"saya sayang semua akan kucingII saya"
p/s:nantikan sambungan aksi kucingII comel tidur yang bertajuk "Gelagat Boboi Tidur"


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Sepupuku.....Suamiku???



SINOPSIS:

siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia?kalau dah cinta,anjing & kucing pun boleh hidup bersama.Nana dan Hisyam telah membuktikannya.Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga,tetapi mereka masih mampu hidup bahagia.Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.

Tetapi entah di mana silapnya,badai tak henti-henti melanda.Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji.Nana tak dapat bertahan.Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka,dia pasrah.

Bagi Hisyam pula,andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana.Tiada cinta lain baginya.Hani hanya perosak.Johan hanya datang mengganggu.Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri.

Ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal.Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya.Makin kuat Hisyam menolak,makin kuat dia menarik.Demi cinta,andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga begitu.Dalam hatinya hanya ada Nana.Selagi Nana tidak menjadi miliknya,selagi itulah dia terus berusaha.

"Abang,hati Nana hanya ada satu.Sekali Nana jatuh Cinta,untuk selamanya hati Nana kat orang itu.Nana harap abang mengerti"

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang?Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan?Berpeganglah pada janji Tuhan dan Percayalah pada kuasa cinta.
Andai kau tercipta untukku,kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun

Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memperolehi apa yang dihajati walaupun ianya bakal memusnahkan kebahagian orang itu.Bila saya baca novel nie,memang sedih jalan ceritanya,tapi dalam duka pasti ada kegembiraannya walaupun seketika.Tetapi apabila seseorang itu sabar menghadapi dugaan yang diberikan Allah kepadaNya ,insyallah disebalik yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

kita juga perlulah redha dan terima dengan hati yang terbuka dengan takdir yang telah tertulis,walaupun kita manusia hanya merancang,Dia yang menentukan.




Bagi mereka yang ingin membacanya,bolehlah pergi ke kedai buku yang berdekatan untuk mendapat koleksi novel" Sepupuku...Suamiku" 




Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...