Selamat Tahun Baru !!!


Tak sampai 4jam lagi,kita akan melangkah ke tahun baru.
wah!baru semalam kita berjumpa di tahun 2011 esok sudah pun melangkah ke tahun 2012
sungguh pantas sekali masa berlalu tanpa kita sedari
Segala kenangan di tahun 2011 akan ku simpul erat di dalam ingatan,
dan
bermulalah kita dengan azam dan harapan yang baru


ha,setiap kali kita melangkah masuk ke tahun yang baru,semua sudah pun mempunyai azam yang baru,walaupun masih ada azam semasa di tahun 2011 tidak terlaksana,pasti akan di bawa ke tahun berikutnya.

semasa azam saya di tahun 2011,hanya satu

untuk menyambung pelajaran
 da memulakan kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya
ha,tulah azam saya masa 2011,walaupun ianya cam samar-samar,tapi ada yang telah pun tercapai dan ada yang belum.walaupun begitu,2012 insyallah akan tercapai azam itu.dan 2012 juga merupakan tahun saya bakal menduduki STPM.

 azam saya untuk tahun 2012
 saya berazam untuk mendapat pointer yang baik sekali dalam exam STPM.
 saya mahu mengembirakan hati ibu bapa saya

 ingin menjadi anak yang solehah



itulah antara beberapa azam tahun baru saya.apa pula azam korang untuk tahun ini??harap-harap apa yang korang azam kan pada tahun 2012 akan terlaksana.bukan sekadar hanya azam semata-mata je taw!


sebelum kita berpisah yang ingin ucapkan 
"selamat tahun baru 2012 (Happy New Year) kepada semua rakan-rakan saya,semoga apa yang korang azamkan pada tahun 2012 akan terlaksana.insyallah"


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

0 Pengkomen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...