Sleep Talking (Bercakap Ketika Tidur)

hari ini,saya ingin berkongsi ilmu dengan kalian semua,mengenai "Sleep Talking"
maybe sesetengah orang ada mengalaminya,walaupun dia sediri tidak menyedarinya..oke,jom kita belajar dan mengenali sacara mendalam mengenai "Sleep Talking"

Sleep Talking adalah satu keadaan di mana seseorang individu bercakap @ menggumam ketika tidur tanpa disedari.Mereka yang mengalaminya tidak tahu apa yang telah berlaku setelah bangun daripada tidur.Separuh daripada kanak2 berusia antara tiga hingga sepuluh tahun mengalaminya.Hanya 5% sahaja dialami oleh orang dewasa.

Tentu ada yang berpendapat bahawa Sleep Talking terjadi ketika mimpi,tetapi para saintis masih belum dapat memastikan jika masalah tidur ini mempunyai kaitan dengan mimpi ngeri yang dialami oleh Individu tersebut.
Malah dipercayai,ia boleh berlaku pada bila-bila masa ketika seseorang itu tidur.
Mereka yang mengalami sleep talking selalunya bermula sejak kecil lagi & berlanjutan hingga dewasa.Dan adakalanya juga,sleep talking juga dialami bersama Sleep walking (berjalan dalam tidur)

Terdapat beberapa faktor penyebab kepada masalah ini:

Pengambilan Ubat-ubatan tertentu
Tekanan Emosi
Letih atau lesu
Terbawa-bawa dengan peristiwa yang dilalui
Demam
Masalah Kesihatan
Mempunyai pengalaman didera


Cara Mencegahnya:


sesetengah individu yang sering mengalami Sleep Talking ada kalanya mampu di ajak berbual walaupun berada dalam keadaan luar sedar.Ada juga yang hanya mendesah & mengeluarkan bunyi-bunyi tertentu.Terdapat beberapa langkah untuk mengelakkan masalah ini dari terus berlarutan:



Mendapatkan tidur Yang cukup

Elakkan Tekanan emosi @ keletihan

Tetapkan jadual tidur & bangun setiap hari

Jangan mengambil Makanan beratsebelum tidur

Individu lain harus memastikan keadaan @ persekitaran sleep talker selamat & cuba tenangkan mereka semasa keadaan itu berlaku melalui pelukan @ sentuhan lembut.


Selalunya Sleep Talking terjadi dengan sendiri & tidak merbahaya.Namun,dalam sesetengah kes,keadaan ini menunjukkan masalah gangguan tidur @ masalah kesihatan seseorang.
Apabila situasi tersebut berlaku & diikuti ketakutan yang melampau,menjerit @ disusuli dengan pergerakan kasar & ganas,maka individu itu perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendaptkan rawatan susulan..


itulah sedikit sebanyak yang sya ingin berkongsi..insyallah lain kali sye akan berkongsi ilmu yang  sya perolehi kepada kalian..
                                                                     











Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

3 Pengkomen Terhebat:

wantie said...

akak pinjam artikel ni ye.
sebab anak akak yg alami.

nak kongsi kongsi

Anonymous said...

terima kasih..perkongsian yg sgt berguna

>student kaunnseling<

Anonymous said...

Suami sy brcakap secara jelas ketika tidur..bila dipanggil dy jwb seolah2 sdg jaga..tp bila esok ditanya dy xsedar apa2 pn...kdg2 menakutkn sy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...