Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Kata Hati Tersentap

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk sebab adanya training Nasyid (sabtu bertanding)
kelas yang begitu padat serta assigment yang semakin bertambah serta exam mid term yang semakin hampir..

In sha Allah, semoga Allah Permudahkan segala urusan ku, lancarkan segala perkara yang menghalangi ku. 

"Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Kata Hati Tersentap "

kenapa tajuk entry tu hari ini, adalah sebab nya..
sebabnya, hanya lah saya yang merasai nya..
sebelum kita mengatakan sesuatu, kita haruslah memikirkan perasaan orang lain, 
ianya bermaksud, kalau nak katakan sesuatu tu, jangan lah kata yang dikeluarkan itu menyentap perasaan orang lain..

Walaupun pada pandangan anda, ianya hanya satu gurauan, whatever la kan, tapi 
tolonglah.. tolonglah fikirkan perasaan orang lain.. sebab kadang-kadang gurauan itu menyentapkan hati orang lain tapi bagi kita ianya semata-mata gurauan sahaja!!

Baik kita muhasabah kan diri, mengenangkan kembali, hati siapa yang pernah tersentap dengan kata-kata kita, lalu mohon la maaf, saya sendiri pun bukan nya sempurna, banyak kekurangan nya, tapi tak jatuh pun maruah seseorang kalau kita memohon maaf..

Hati kita pun tenang tanpa ada rasa resah gelisah, perhubungan pun akan bertambah baik..


p/s: Dikesempatan ini, saya juak mau memohon maaf kepada semua rakan-rakan saya , maaf kan sepanjang perkenalan kita, ada kata yang menyentapkan perasaan anda semua, :(


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

0 Pengkomen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...