3 in 1

Morning Tuesday,
erk.. da hari selasa da, kejap nya masa berlalu, ini bermakna lagi dua hari je lagi result sem 1 2014/2015 nak keluar.. opsss
bermakna lagi dua hari ku akan menyepikan diri buat sementara waktu.. (sehari je pun menghilang
kenapa nak menghilang pulak?? sebabnya ku takut nak tengok result sem 1 ini punya, mesti kawan-kawan yang lain tanya cam mana result, dari terus diserbu dengan soalan-soalan begitu, baik yepikan diri dulu, dengan ayah pun ku tak bagi taw bila result keluar.. takut.. 

kenapa nak takut??
titew takut kalau result titew teruk.. sebab waktu jawab exam hari tu pun boleh tahan soalan yang diberi, 
Tapi perkara da pun berlalukan, tawakkal sahaja pada-Nya , in sha Allah, kita sudah usaha, berdoa,berserah kepada-Nya. 
Ku berharap sangat pada sem 1 punya keputusan tiada paper yang akan ulangi, aamiin..

---------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah dah cerita pasal keputusan nak keluar Khamis ini, kang tak tidur malam sebab mimpi yang bukan-bukan pulak..
Haaaa.... sebut pasal mimpi, ada satu story yang story ni , ku tak cerita pun kepada sesiapa termasuk kepada pak Danial kita hehehhe..

Mimpi tu adalah, ku mimpi seorang budak perempuan bunuh diri dengan mengantungkan diri di bangunan, daaannnn, yang paling ku terkejut , mukanya itu menghadap betul-betul ke arah ku, huargghhh ku ingat lagi, lepas je pandang mukanya itu, terus aku bangun, dan istighfar banyak-banyak, ku cuak, sebab tak pernah mimpi begitu, alih-alih muncul dalam mimpi, aisshhh, hari last pula tu di kolej, mahu cerita ke roomate tak berani, kesian pula dia tinggal sorang-sorang, terus tak jadi nak cerita. 

Ni, malam tadi sebelum nak tidur boleh pula ulang tayang mimpi tu, muka budak tu tengok ku, arghhhh terus tak jadi ku nak tidur , takut sudah la, ku tidur menghadap tingkat luar, hahah memang la tak dapat tidur kan . Den ni memang jenis yang lemah semangat sikit, tapi dalam takut-takut tu, ada hati lagi nak tengok cerita hantu,hahha

Ku ingat lagi, waktu makan bersama dengan roomate, pasang la cerita hantu The Congjuring , mula-mula semangat ku duduk depan lappy, lama kelamaan makin ke belakang ku dibuat nya sebab den paling menyampah scene mengejut-ngejut ni, dari den menjerit, baik den mengundur ke belakang, jalan selamat, boleh tutup muka dengan tangan, hahah .

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Haaisshh, mahu buat apa je la hari ni, mama tak de ada program, abah n adik lelaki keja masuk kem hari ni, ku, duduk rumah sorang-sorang, nak keluar pun tak de siapa mahu hantarkan, naik bas.. boleh je nak naik bas, tapi masalaha utamanya, den mana la tahu waktu bas kat sini, almaklumlah, da lama tak naik bas, lagi pun balik pun 5 ke 6 bulan sekali dalam setahun, so, memang tak tahulah waktu perjalanan bas di sini.. 

Tunggu adik yang dari kulim tu balik, lama lagi 9 har lagi dia balik ke Mersing, perghhh, balik je makcik tu sorang pasti berperang dengan ku, ada jeeee yang tak kena, biasa lah kami adik-beradik lama tak jumpa kan, pasti gaduh punya la, gaduh-gaduh manja gitu
Dia balik, confirm ku bakal di soal siasatnya oleh budak tu,soalan famous dia, "cam mana kw kenal dia weh qira", "dia orang mana qira" n blaa blaaa.. Nanti mama n abah pun join la sekali tanya, ku balik ni pun cam-cam soalan ku kena, tapi tengok dari penerimaan mereka, alhamdulillah green light da, abah ku pesan, kenal-kenalah dulu, Ada jodoh,
 in sha Allah. 

p/s: more than this


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

0 Pengkomen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...