Motivasi buat diriku

hari nie,merupakan perubahan yang bakal ku lakukan demi masa depan diriku.
setelah apa yang telah diberitahu oleh MD JAIS kepada kami semua di sekolah tadi amat mendalam dan menyentuh hati saya.
apa yang telah disampaikan oleh beliau memang betul,saya telah pun mengecewakan keluarga saya untuk melihat saya memasuki ke Universiti,tetapi,mulai dari saat itu,saya telah menanam azam dan tekad untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh supaya saya dapat mengembirakan hati ibu bapa saya,dan saya tak mahu mengecewakan lagi harapan serta impian ibu ayah saya untuk melihat saya berjaya hingga ke menara gading.
Insyallah

Selain itu,saya akan ingat segala yang telah dikatakan oleh beliau dan memegang oleh satu kata-kata ini iaitu:
"Tidak ada motivator yang lebih baik kecuali diri sendiri"
 saya akan ingat kata-kata itu untuk dijadikan sebagai panduan serta motivasi dalam diri saya.
walaupun kita tidak pandai tapi kita harus rajin untuk berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita hajati itu,bukan hanya bergoyang kaki sahaja!





Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. 
 Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
 Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

sumber:tips kekuatan minda 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

0 Pengkomen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...