Result oh Result .....

Selamat pagi semua 
da lama tak update blog nie, last update pun minggu lepas..
hari ini tetiba jadi rajin pulak nak update blog ...
okey, sejak kebelakangan nie, saya tengo ramai yang menyatakan result STPM 2012 TERMINAL da nak keluar.. arrgghhh,, TIDAKK.... ....
Takutnya lahai, result da nak keluar, macam mana agak nya result saya nanti, risau-risau..
sejak beberapa hari ini, hati sentiasa gelisah, buat apa pun serba tak kena, makan tak kenyang, tidur tak lena, ini semua penangan Result nak keluar.. jantung nie ha, dup dap... dup dap je  
Keputusan yang bakal keluar nie la, menentukan masa depan saya, saya tak mahu kecewa kan harapan ibu bapa saya, saya mahu buktikan kepada mereka yang sentiasa memandang rendah terhadap kemampuan dan kebolehan saya yang saya mampu lakukannya jugak ! DAN saya mahu lanjut kan stdy di Universiti yang saya idamkan selama nie  
Bila tarih yang tepat agaknya result stpm akan keluar, banyak tarikh yang saya tengok, ada yang kata 28/2 akhir bulan nie, 7/3 keluar sama dengan result stpm modular, MINGGU 3 bulan 3... tak tahu mana satu tarikh yang betul sebab MPM belum keluarkan apa-apa maklumat terkini tentang RESULT STPM TERMINAL 2012.. Biar cepat, lagi bagus, dah tak tahan menanggung kegelisahan yang melanda ini...
"Ya Allah, Engkau kurniakanlah kami pelajar stpm 2012 keputusan yang cemerlang iaitu 4A dalam semua mata pelajaran yang kami ambil dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ya Allah, moga dengan keputusan yang kami dapat ini membolehkan kami melanjutan pelajaran hingga ke Universiti dalam menuntut ilmu, Amin ya Rabbalalamin~ KUN FAYAUN"





Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...