Jamuan makan Malam Sejuta Kenangan (part 1)

Malam yang di nanti-nanti kan oleh kami semua pelajar tingkatan enam atas sesi 2012/2013 adalah
"Jamuan Makan Malam Sejuta Kenangan"

yeahh.. memang best malam semalam, tak tahu nak cerita yang mana satu dulu, banyak sangat sejuta kenangan yang nak saya ceritakan tapi dalam sejuta kenangan ada terselit sejuta pahitnya. Meh saya cerita serba sedikit apa yang berlaku sehingga timbul nya sejuta pahit dalam hidup saya.

7.45 malam

saya bertolak dari rumahmenuju ke destinasi yang ingin saya tujui iaitu " Hotel Timotel" di mana tempat Jamuan Makan malam kami berlangsung!
setiba saya di sana, terasa malu diri ini, yelah, saya berpakaian ala-ala arab gitu macam tak menepati Tema je pada malam tadi (tema kami Urban)

8.00 malam- 9.00malam

setalah kawan-kawan ku sampai, kami semua pun naik ke tingkat atas untuk pergi ke dewan  makan. Sebelum nak masuk tu kena buat pendaftran dahulu,dan no cabutan bertuah saya adalah no 49 .

setelah siap pendaftran kami dudu di meja bulat di bahagian tengah dewan, so boleh nampak semua nya, memang seronok. Tetapi dalam kesronokan itu ada terselit kedukaan kerana dipermalukan dikhalayak ramai! damn it's

Cerita menyedihkan

patutlah hati saya tak berapa sedap semasa majlis sedang berlangsung, tak sangka perkara yang saya tak mahu berlaku da pun berlaku ke atas diri saya,  masa itu tiada seorang pun yang dapat menolong saya bahkan kawan saya sendiri (gelak kan lagi adalah) 
semasa cikgu A bukan nama sebenar sedang berucap di hadapan,

"ada seorang pelajar kita menulis di dalam FB mengatakan bahawa dia berasa berdebar-debar kerana lagy 30 hari sTpm lagy, setelah dia menulis di dalam FB nya merindui seseorang dan sya yakin semua orang pasti sudah mengetahui nya"

Ya Allah rasa mahu menanggis juga di kala itu, apabila seorang cikgu menyatakan sedemikian, pada waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu walaupun di kala itu saya tersenyum, semua orang memandang ke arah saya, betapa malunya saya di waktu itu.
saya tak kisah lagy bila dia kata "stpm 30 hari lagi, berasa berdebar-debar" tapi bila dia tambah lagi merindui seseorang saya rasa, Ya Allah kenapa cikgu nie tak habis-habis nak menjaja cerita tu lagy tak cukup ke satu form 6 atas tahu, tak kan dia mahu malu kan saya lagi sehingga lower 6 dan cikguII lain pun tahu, 
menyedihkan 


9.00 malam -11.30 malam

kami menjamu selera sambil di tayangkan video yang telah dibuat oleh pelajar lower 6, thanx korang sebab buatkan video tersebut, memang best .

selepas menjamu selera, ada penyampaian hadiah kepada mantan AJK tertinggi MPPU & cenderahati bagi semua pelajar form 6 2012/2013 dan di selitkan dengan cabutan bertuah!

Anugerah pelajar cemerlang akademik bagi aliran sains & kemanusian di sandang oleh:

sains: Soo Yin Yin
sastera: Mohd Farid

manakala bagi Anugerah Kokorikulum pula di sandang oleh:

Lelaki: Lim Han cong & Mohd Farid

Pakaian tercantik pula disandang oleh:

lelaki: Mohd Fahmi
perempuan : Ammarina

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan , nantikan sambungan part 2, dalam part 2 saya akan kongsikan gambarII nya sahaja. nantikan 


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

0 Pengkomen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...